Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banglo dijilat api, dipercayai disebabkan petir

Nov 11, 2016 | 07:34 AM



SEBUAH banglo di Sunset Place, sebuah kawasan kediaman privet di Clementi, dijilat api pada Khamis (10 Nov), dipercayai dek petir.



Tiada sesiapa cedera dalam kebakaran tersebut, tetapi bahagian dalam banglo dua tingkat itu hangus teruk dan bumbungnya juga musnah.



Seorang pakar bedah bersara berusia 80 tahun, Dr Peter Tan, dan isterinya telah tinggal di rumah itu lebih 40 tahun.



Dr Tan berkata beliau tiada di rumahnya apabila ia terbakar pada kira-kira 5.30 petang.



Menurut jiran, isteri dan pembantu rumah beliau ada di rumah tetapi seolah-olah tidak menyedari apabila kebakaran itu bermula.



Seorang peguam yang tinggal di kawasan itu, Encik P. Jeya Putra, berkata jiran cuba memanggil mereka dari luar pintu pagar, tetapi gagal mendapat perhatian mereka.



Pekerja asing yang bekerja di sebuah rumah berdekatan kemudian memanjat pintu gerbang rumah tersebut untuk memberi amaran kepada penghuninya.



Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata tempat itu terdedah kepada kilat. Beliau berkata rumah beliau sendiri dilanda petir pada 1992 dan tahun lepas, membuat perkakas rumah, seperti telefon tanpa wayar, terlitar pintas.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) diberitahu mengenai kebakaran di rumah 9, Sunset Place itu sekitar 5.30 petang. Dua kereta bomba dan Rhino Red antara kenderaan yang dikerah ke tempat kejadian.



Apabila mereka tiba lapan minit kemudian, api telah menjilat tingkat dua, setelah merebak melalui bumbung.



Anggota SCDF mengambil masa 20 minit untuk mengawal api dengan menggunakan tiga jet air. Pada 10 malam, mereka masih menyiram air pada banglo tersebut.



Seorang pegawai Penguasa Bangunan dan Pembinaan berada di sana. Encik Jeya berkata Anggota Parlimen bagi kawasan itu, Cik Sim Ann, juga melawat tempat kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >