Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENAHANAN ISA

Bangun masyarakat cara terbaik bantu mangsa konflik: RLAF

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



CARA terbaik membantu mangsa konflik politik di luar negara adalah dengan menyumbang kepada usaha pembangunan masyarakat di sana, kata kumpulan bantuan kemanusiaan di sini.



Malah, organisasi kemanusiaan di Singapura sudah lama menghulurkan bantuan kepada warga Palestin yang terjejas oleh pergolakan di negara mereka.



Ini dilakukan melalui kerja-kerja kemasyarakatan mahupun bantuan kemanusiaan, sebahagiannya termasuk daripada hasil sumbangan masyarakat Singapura.



Salah satu cara bagi masyarakat untuk meluahkan rasa simpati ialah dengan membangunkan semula kehidupan orang lain, kata ketua pegawai eksekutif, Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin (RLAF), Encik Faizal Othman.



"Menderma adalah salah satu caranya, lagi satu ialah bagi kita berhubungan dengan orang-orang yang sedang mengusahakan inisiatif-inisiatif ini.



"Bagi saya, kita sepatutnya menyibukkan diri dengan usaha membantu... dalam melihat isu sebegini, gunakan lensa membantu orang lain, dan bukan lensa keganasan."



Berkongsi pandangan serupa, pengurus wilayah dan ketua pemasaran Global Ehsan Relief (GER), Encik Khairul Anwar Adzhar, berkata:



"Cara yang paling baik untuk menunjuk ihsan kepada mereka adalah dengan menyumbang kepada pembangunan kehidupan mereka."



GER telah membantu warga Palestin saban tahun dan bantuan masih diteruskan semasa pandemik Covid-19 ini.



Antara projek yang dijalankan termasuk bagi membantu menyediakan sumber air bersih bagi keluarga-keluarga di sana, memberi kit kebersihan dan pek bantuan makanan termasuk bahan dapur mentah.



"GER telah menyokong penduduk Singapura dan masyarakat Islam yang lebih luas di seluruh dunia selama lebih enam tahun sekarang.



"Meskipun kami menghantar bantuan ke luar negara, kami tidak pernah melibatkan diri secara politik.



"Bidang tugas kami semata-mata untuk membantu dan meringankan kesukaran mereka yang ditimpa bencana, dan dalam hal ini terjejas oleh konflik," kata Encik Khairul Anwar.



RLAF pula telah membina dan mengubah suai 22 sekolah di Gaza, Palestin pada 2014, hasil derma sebanyak $1.2 juta yang berjaya dikumpulkan daripada orang ramai di Singapura.



Wang tersebut juga disalur untuk menghulurkan bantuan makanan, minuman serta pertolongan kecemasan kepada penduduk di sana.



Selain di Palestin, RLAF turut memberi bantuan kepada warga Syria dan ramai lagi penduduk negara lain yang terjejas oleh bencana alam mahupun pergolakan di negara mereka, kata Encik Faizal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >