BANGUNAN Komand Keselamatan Polis di Toa Payoh Lorong 4 akan memberi laluan kepada projek perumahan dan ia akan berpindah ke lokasi lain dalam kejiranan tersebut.
Komand itu, yang telah berada di lokasi tersebut sejak 2004, terletak atas tanah yang dizonkan untuk perumahan - bergantung kepada perancangan terperinci - sejak 2003.
Dalam satu pindaan yang disarankan kepada pelan utama Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) yang diterbitkan pada 21 Oktober, tanah sleuas 1.7 hektar - sejajar dengan saiz dua padang bola sepak - telah diberikan nisbah tanah 4.2.
Dalam responsnya kepada soalan The Straits Times, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata ia telah diberitahu URA bahawa kawasan tersebut akan dimusnahkan secara tentatif menjelang 2024.
SPF berkata komand itu akan berpindah ke Toa Payoh Lorong 8.
Di sana, ia akan meliputi kawasan seluas satu hektar di mana bangunan barunya akan dibina.
Seorang jurucakap URA berkata rancangan bagi tapak di Lorong 4 itu akan diumumkan apabila sedia.
Menurut laman SPF, Komand Keselamatan Polis itu bertanggungjawab bagi keselamatan peribadi semua menteri Kabinet serta pembesar asing yang berkunjung ke mari.
Pakar penganalisa berkata tanah tersebut boleh menghasilkan lebih daripada 700 unit, dengan ketua penyelidikan dan runding cara ERA Realty, Encik Nicholas Mak, menganggarkan antara 750 dengan 880 unit boleh dibina.
Beliau berasakan bahawa kemungkinan tapak tersebut akan dijual menerusi tender Jualan Tanah Pemerintah (GLS) yang akan dibina bagi perumahan privet, memandangkan sudah beberapa tahun sejak sebuah tapak GLS dikeluarkan di Toa Payoh, sedang projek perumahan awam Bina Ikut Tempahan (BTO) di bandar itu dilancarkan baru-baru ini.