Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangunan litar lumba F1 diubah menjadi kemudahan perubatan buat pesakit Covid-19

Oct 28, 2021 | 07:28 PM



BANGUNAN Litar Lumba Formula 1 (F1) di Marina Bay sedang diubah menjadi kemudahan perubatan buat pesakit Covid-19.



Puluhan orang kelihatan berjalan masuk ke bangunan itu apabila akhbar The Straits Times mengunjunginya pada tengah hari Khamis (28 Oktober).



Beberapa orang kelihatan bertugas mengusahakan muka bangunan itu manakala beberapa yang lain menggunakan kemeja polo dengan perkataan "Security" tertera di belakang. Dalam kemudahan itu, terdapat ratusan katil.



Beberapa papan tanda bagi "stesen saringan kes semasa kecemasan" ditampal pada tembok bangunan dengan mesin pemeriksaan diletakkan di bawah papan tanda itu.



Di dalam kompleks itu, dewannya dibahagikan kepada beberapa bahagian dengan katil bernombor yang mencecah lebih 600 katil kesemuanya. Penghadang ruang turut dibina antara katil.



Saringan yang dipanggil 'triage' itu adalah proses menentukan pesakit mana harus dirawat dahulu berdasarkan tahap kesakitan atau kecederaan mereka.



Lima pekerja memberitahu akhbar The Straits Times kemudahan itu adalah bagi menjaga pesakit Covid-19.



Dua jenis kemudahan utama bagi pesakit adalah kemudahan jagaan masyarakat dan kemudahan rawatan Covid-19.



Kemudahan jagaan masyarakat adalah bagi mereka yang diuji positif Covid-19 dan masih dalam keadaan baik tetapi perlu diasingkan kerana pelbagai sebab.



Kemudahan rawatan Covid-19 pula adalah bagi pesakit yang umumnya baik tetapi mempunyai keadaan kesihatan lain yang memerlukan pemantauan rapi dan mereka yang berisiko membangun penyakit lebih serius.



Kemudahan ini mempunyai keupayaan perubatan dan sumber termasuk sokongan oksigen bagi mengurus secara selamat pesakit sebegini.



Tiada pesakit yang dimasukkan di kemudahan ini tetapi pekerja berkata persiapan hampir beres dengan kemudahan ini akan dibuka pada November.



Pada Jun tahun ini, diumumkan bahawa perlumbaan Singapore F1 Grand Prix akan dibatalkan bagi dua tahun berturut-turut kerana Covid-19.



Dalam e-melnya, Pengarah, Sukan, Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Cik Ong Ling Lee, berkata:



"Pemerintah meneroka lokasi yang boleh digunakan sebagai kemudahan jagaan masyarakat sementara Covid-19 dan kemudahan rawatan masyarakat. Bangunan litar lumba F1 telah dikenal pasti sebagai lokasi sementara yang sesuai kerana ia mempunyai kemudahan yang sedia ada dan tidak digunakan bagi kegiatan lumba F1 tahun ini.



"Pada 2020, bangunan litar lumba F1 ini juga digunakan sebagai kemudahan ujian swab Covid-19 sementara."



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >