Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangunan Mahkamah Negara ditutup selepas 44 tahun beroperasi

Dec 13, 2019 | 06:29 PM



BANGUNAN ikonik Mahkamah Negara ditutup hari ini selepas beroperasi selama 44 tahun sejak 1975. 



Sempena detik bersejarah itu, Mahkamah Negara telah mengadakan majlis di Atrium Mahkamah Negara yang dihadiri kakitangan, hakim serta wakil agensi pihak berkepentingan termasuk dari Pasukan Polis Singapura, Khidmat Penjara Singapura, dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga. 



Menurut kenyataan yang dikeluarkan Mahkamah Negara hari ini, beberapa hakim dan kakitangan Mahkamah Negara menyambut permulaan babak baru dalam perkhidmatan mereka untuk masyarakat dengan perbarisan yang dipimpin Hakim See Kee Oon, ke Menara Mahkamah Negara yang terletak bersebelahan.  



Operasi di bangunan baru tersebut bermula secara berfasa sejak 9 Disember tahun ini dan akan beroperasi sepenuhnya bermula 16 Disember. 



Terletak dalam bangunan itu juga adalah Galeri Warisan Mahkamah Negara yang memelihara sejarah Bangunan Mahkamah Negara dan pertubuhan tersebut. 



Orang ramai berpeluang untuk mengunjungi galeri tersebut mulai 16 Disember 2019. 



Bangunan Mahkamah Negara, yang telah diberikan status pemuliharaan pada 10 Julai 2013, akan diubahsuai untuk menempatkan Mahkamah Keluarga. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >