Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangunan Tagore Drive terbakar, SCDF kerah 16 kenderaan kecemasan

Dec 28, 2019 | 05:15 PM



SEBUAH bangunan industri empat tingkat di No.8 Tagore Drive terbakar pada tengah malam tadi (Sabtu 28 Disember).


Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengerahkan 16 kenderaan kecemasan dan 50 ahli bomba ke tempat kejadian selepas ia dimaklumkan tentang kejadian tersebut pada 12.20 malam.


Bomba yang memakai alat pernafasan dan dilengkapi jet air telah memasuki bangunan tersebut untuk memastikan lokasi kebakaran dan memeriksa jika terdapat orang yang terperangkap.


Penglihatan dalam bangunan tersebut amat kabur disebabkan asap yang tebal, menurut SCDF.


Tiga jet air digunakan untuk mengawal api dan ia dapat dipadamkan pada 8.15 pagi.  


Sumber kebakaran tersebut adalah daripada ruang simpan barang di tingkat empat berukuran sekitar 20 kali 15 meter.


Seramai 13 orang yang berada dalam bangunan tersebut semasa kejadian keluar dengan sendiri sebelum ketibaan SCDF dan tiada kecederaan dilaporkan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >