Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangunan Thomson Road sebelah terowong Koridor Utara-Selatan akan dirobohkan atas sebab keselamatan

Apr 16, 2021 | 08:22 PM



SEBUAH bangunan empat tingkat di Thomson Road, yang terletak hanya beberapa meter dari terowong Koridor Utara-Selatan (NSC) yang bakal dibina, akan diambil alih oleh pihak berkuasa dan dirobohkan setelah kebimbangan tentang kekuatan konkrit bangunan itu timbul awal tahun ini.


Dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (16 April), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) berkata 68-74 Thomson Road, sebuah bangunan pegangan bebas berusia 57 tahun dengan 12 unit kediaman dan empat unit komersial, harus diambil alih dan dirobohkan sebelum kerja penggalian di terowong NSC dapat dimulakan ekoran masalah keselamatan.


Keprihatinan itu timbul setelah LTA melakukan ujian terperinci untuk memeriksa kekuatan konkrit bangunan itu.


Ini adalah sebahagian daripada rancangan untuk mengukuhkan asas bangunan itu menjelang kerja penggalian untuk terowong NSC.


Bangunan di 68-74 Thomson Road, yang sebelumnya menempatkan kedai seperti Tanjong Rhu Pau, adalah satu-satunya bangunan yang terletak berhampiran NSC sepanjang 21.5 kilometer yang dinilai memerlukan kerja-kerja pengukuhan asas.


Pengambilalihan bidang tanah seluas 776 meter persegi tempat bangunan itu duduk diwartakan pada pagi Jumaat.


SLA dan LTA berkata mereka akan bekerjasama dengan pemilik 16 unit itu dan membantu mereka sepanjang proses pengambilalihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >