Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Bangunan Wisma serlahkan landskap kawasan Geylang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bangunan Wisma serlahkan landskap kawasan Geylang

Oct 08, 2017 | 05:30 AM

CIRI-CIRI Melayu akan terserlah apabila bangunan Wisma Geylang Serai (WGS) setinggi lima tingkat siap dibina tahun depan.

Dengan tiga struktur bumbung rumah kampung, suasana perkampungan sudah dapat dilihat dari jauh.

Reka bentuknya dan birai hias (cornice) menunjukkan ciri-ciri kemelayuan dengan sebahagian dinding memaparkan kayu dan ukiran yang telah 'diselamatkan' daripada Kampung Melayu Geylang Serai.

"Sebahagian suasana lama masih diwujudkan dalam suasana dan prasarana baru," kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman.

Bangunan WGS akan bersambung dengan pasar Geylang Serai menerusi satu jambatan di tingkat dua.

"Landskap ini akan membolehkan kita terus meraikan ciri-ciri prasarana kemelayuan kita menerusi bangunan WGS dan pasar Geylang Serai," ujar beliau.

Perubahan landskap itu bukan sahaja dari aspek fizikal malah perancangan kegiatan.

"Kita akan ada ruang besar di luar WGS - ruang pejalan kaki yang agak lebar. Ruang tersebut juga akan digunakan bagi memberi ruang kepada bakat-bakat tertentu yang ingin menunjukkan bakat mereka seperti buskers bagi memeriahkan lagi kawasan WGS.

"Kita boleh lihat pada hujung minggu, bagaimana anak muda yang mungkin mempunyai bakat baru, diberi peluang menonjolkan bakat mereka.

"WGS akan juga merupakan rumah bagi projek bazar Hari Raya tahunan yang akan diadakan di dalam dan juga di kawasan sekeliling.

"Ini diharap akan memeriahkan lagi suasana Hari Raya dan suasana Ramadan setiap tahun apabila kita mulakan bazar Hari Raya pada tahun depan," jelas beliau.

Menerangkan lebih lanjut mengenai struktur WGS, beliau berkata bangunan itu akan mempunyai beberapa komponen.

Ini termasuk Kelab Masyarakat (CC) Geylang Serai baru yang dibangunkan bersama WGS. Ia serupa CC lain yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kegiatan kemasyarakatan, termasuk ruang menganjurkan kelas dan kursus.

Bangunan itu juga dilengkapi prasarana bagi khidmat sosial seperti pusat khidmat keluarga, tajaka dan pusat khidmat untuk warga senja.

Ia juga mempunyai ruang bagi meningkatkan kehadiran kumpulan budaya, kumpulan seni menunjukkan bakat bagi terus melestarikan budaya, meningkatkan keupayaan kumpulan-kumpulan budaya di Singapura memaparkan bakat mereka.

Lembaga Warisan Negara (NHB) akan turut mempunyai ruang mempamerkan bahan budaya Melayu.

"Ini kami harap dapat meningkatkan lagi kesedaran dan keprihatinan kita tentang betapa pentingnya budaya dalam masyarakat kita," kata beliau.

Bangunan tersebut akan juga mempunyai ruang yang memberi peluang kepada pertubuhan Melayu-Islam yang ingin menayangkan khidmat dalam bentuk muka kedai (shop-front) supaya mereka boleh mendekati masyarakat yang memerlukan khidmat mereka.

Bagi khidmat lanjutan, mereka boleh ke ibu pejabat persatuan berkenaan.

"Kami harap ia menjadi satu perhentian bagi pertubuhan Melayu Islam yang ingin mempunyai ruang di WGS," kata Dr Maliki.

Secara keseluruhan, akan terdapat ruang yang boleh dikongsi bersama, ada ruang tertutup dan ada ruang terbuka untuk persembahan.

Antara program besar yang akan dianjurkan di situ termasuk persembahan tahunan Persatuan Rakyat (PA) - Gentarasa.

"Jadi kalau kita lihat pada keseluruhan, ia menjadi satu pusat sivik yang dapat memenuhi keperluan dan cita rasa semua lapisan masyarakat Melayu Islam dan bukan Islam di samping peluang menghargai budaya Melayu Islam kita," kata Dr Maliki.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3