Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banjir di Hougang, Punggol akibat hujan lebat; pegawai PUB beri bantuan

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



HUJAN lebat menyebabkan banjir di Hougang Avenue 8 dan di jalan susur masuk Punggol Way ke Ekspreswe Tampines (TPE) pagi semalam.



Agensi air awam PUB berkata semalam bahawa pegawainya telah dikerah ke dua kawasan itu untuk memberi bantuan.



Banjir itu kemudian reda, kata PUB pada sekitar 10 pagi semalam.



Secara berasingan, PUB juga telah memberi amaran tentang beberapa kawasan yang berisiko mengalami banjir kilat.



Ini sedang paras air dalam beberapa longkang dan terusan air berada di tahap kapasiti penuh atau hampir penuh menyusuli hujan lebat pada sebelah pagi.



Kawasan itu termasuk Balestier Road, Thomson Road, Upper Paya Lebar Road, Puay Hee Avenue, Sime Darby Centre dan Siang Kuang Avenue.



Risiko banjir itu kebanyakannya dalam kawasan tengah Singapura di Toa Payoh, Bishan dan Novena, berdasarkan peta interaktif PUB bagi penderia paras air serata Singapura.



Tempat lain yang berisiko mengalami banjir termasuk Sengkang, Yio Chu Kang dan Choa Chu Kang.



Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), sebuah unit di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan, berkata pada 28 Ogos lalu bahawa orang awam harus bersedia menghadapi hujan lebat dalam dua bulan akan datang, disebabkan Dwikutub Lautan Hindi yang memasuki fasa negatif.



Fasa cuaca ini dijangka berterusan hingga Oktober, kata MSS.



Dalam fasa negatif, angin yang meniup ke bahagian timur Lautan Hindi adalah lebih kencang.



Ini menyebabkan perbezaan suhu merentas Lautan Hindi tropika, dengan air yang lebih sejuk daripada biasa di bahagian barat, dan air yang lebih panas daripada biasa di bahagian timur.



Air yang lebih panas itu mendorong pembentukan awan hujan dan menyebabkan hujan yang lebih lebat daripada biasa di Singapura.



Hujan berserta guruh dijangka berterusan minggu ini.



Pada 24 Ogos lalu, hujan lebat juga menyebabkan beberapa tempat di Singapura ditenggelami air.



Hujan paling lebat yang dicatatkan di barat Singapura ialah 159.8 milimeter di stesen hujan Bukit Panjang Road dari 7.50 pagi hingga 10.40 pagi, menurut PUB waktu itu.



Ia adalah 109 peratus daripada jumlah hujan bulanan Singapura pada bulan Ogos, tambah PUB.



Banjir kilat itu juga telah menjejas beberapa kawasan lain termasuk Dunearn Road antara Pusat Sime Darby dengan Taman Binjai, yang menyebabkan jalan raya tidak dapat dilalui kenderaan sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >