Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banjir di M'sia: Warga SG peduli, 'singsing lengan'

Dec 25, 2021 | 05:30 AM



TERKESAN dengan bencana yang menimpa negara jiran, ramai warga Singapura prihatin dan pantas menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.



Mereka menggembleng tenaga dan sumber untuk menyokong usaha bantuan kemanusiaan bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal.



Antara yang mengendali usaha itu ialah Encik Mohamad Tahar Jumaat, pemilik perusahaan sosial, Iuva Global, yang menumpukan usaha kemampanan di luar negara.



Beliau mengumpul $17,000 daripada penderma di sini sejak memulakan misi kemanusiaan lima hari lalu.



Encik Tahar menyelaraskan usaha pemberian selimut, tuala dan barang keperluan yang diagihkan oleh sepasukan enam anggota di kawasan seperti Hulu Langat, Sri Aman, Lembah Klang dan Puchong.



"Memanglah jumlah yang kami sudah kumpul itu amat berbeza sekali dengan jumlah yang dikumpul oleh pertubuhan lain.



"Tetapi dana yang kami telah kumpul itu akan digunakan bagi memenuhi keperluan segera supaya kami dapat membeli produk yang diperlukan mangsa menerusi tinjauan pasukan saya, dan kemudian membelinya dengan segera," kata Encik Tahar.



Beliau mempunyai pengalaman tiga dekad dalam usaha kemanusiaan dan berpengalaman menawarkan bantuan mangsa banjir di Malaysia pada 2014 dan 2015.



Meskipun tidak dapat turun padang dan keluar negara kali ini memandangkan beliau perlu menjalani dialisis, Encik Tahar menyelaraskan usaha pengagihan itu menerusi WhatsApp dan Messenger.



Pasukannya telah mengagihkan sekitar 1,000 selimut, 550 tuala, produk bayi, bahan makanan serta barang keperluan lain.



Selain beliau, Ketua Pegawai Eksekutif SimplyIslam.sg, Encik Mohamed Nassir Abdul Sukkur, yang sedang melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), juga menawarkan bantuan kewangan dan telah mengagihkan makanan kepada sekitar 50 isi rumah di kawasan Sungei Buloh, Selangor.



Pihaknya telah mengumpul sebanyak RM20,000 ($6,479) yang akan ditawar sebagai bantuan kewangan kepada pertubuhan kemanusiaan Erth Ul Mustafa dan Yayasan Ummah Aid yang berpangkalan di Kuala Lumpur.



Encik Nassir berkata: "Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk SimplyIslam menawarkan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang terjejas akibat bencana di luar negara, jadi ini adalah sebahagian tugas kami untuk menawarkan bantuan sebaik mana yang kami mampu."



Tinjauan Berita Harian (BH) sehingga tengah hari semalam pula mendapati jumlah sumbangan derma kepada Palang Merah Singapura (SRC) menerusi laman Giving.sg sudah mencatatkan lebih $70,000 daripada hampir 700 penderma sejak kempen dilancarkan Isnin lalu.



SRC sebelum ini telah mengikrar untuk menyumbang AS$50,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia bagi membantu mangsa banjir dan AS$50,000 kepada Palang Merah Filipina, untuk membantu mangsa Taufan Rai.



Kempen SRC mengumpul dana di laman give.asia pula mencatatkan jumlah derma hampir $7,000 sehingga 12.30 tengah hari semalam yang disumbang oleh 59 penderma.



Hampir 70,000 orang kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 40 orang meninggal dunia dengan ramai yang masih hilang dalam banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >