Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banjir kilat di Orchard Road, PUB keluarkan amaran risiko banjir di kawasan Central

May 26, 2018 | 05:40 PM



Banjir kilat berlaku di Kramat Lane di Orchard Road pada Sabtu (26 Mei).



Kedua-dua lorong itu terjejas, menurut agensi air PUB dalam tweet pada 3.45 petang, menasihati orang ramai mengelakkan kawasan tersebut.



Gambar-gambar yang dipaparkan di Facebook menunjukkan kenderaan mengharungi banjir setinggi paras roda.



Banjir merosot 10 minit kemudian. PUB mengeluarkan amaran risiko banjir di beberapa kawasan Central menyusuli hujan lebat di banyak kawasan.



Ia memetik Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam tweet pada 2.18 petang, menyatakan hujan lebat dijangka di banyak kawasan dari 2.45-3.30 petang.



Ia kemudian mengirim pos mengenai paras air mencapai 100 peratus ikut kadar ukuran mata di Exeter Road dan Somerset Road serta Tanjong Pagar Road dan Craig Road.



Paras air melebihi 90 peratus di Prince Philip Avenue, Keng Lee Road, Cambridge Road dan Killiney Road.



Menurut ramalan dua jam NEA, hujan beserta guruh dijangka melanda Singapura 3.30 petang hingga 5.30 petang.



Hujan lebat dijangka pada lewat pagi dan awa petang Ahad dan Isnin, sementara hujan beserta dijangka pada pagi dua hari berikutnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >