Banjir kilat melanda lagi

BANJIR kilat berlaku di bahagian tengah dan barat Singapura ekoran hujan lebat pagi semalam.

Antara kawasan yang terjejas ialah Lorong Kismis, Bukit Timah, dan Dunearn Road, menurut agensi air negara PUB.

Pada 10.11 pagi, PUB menyatakan melalui tweet bahawa banjir kilat dilaporkan di Dunearn Road, dari Yarwood Aveune ke Binjai Park.

Tiga lorong di jalan raya di situ terjejas.

Pemandu diberitahu supaya mengelakkan kawasan tersebut.

Pasir Panjang Road dan sebahagian daripada Universiti Nasional Singapura disenaraikan sebagai kawasan risiko banjir tinggi sekitar 10 pagi.

Yio Chu Kang Road dan Bishan Road disertakan dalam senarai itu sekitar 11 pagi dan tengah hari.

Pada 11.06 pagi, banjir kilat di Dunearn Road dan Bukit Timah telah surut dan kenderaan boleh melalui kawasan tersebut, kata PUB.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sebelum ini memberi amaran bahawa hujan lebat dijangkakan di kawasan selatan, barat dan tengah Singapura dari 9.20 pagi hingga 10.20 pada pagi semalam.

Galeri Foto