Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Banjir kilat mungkin berlaku di beberapa kawasan di S'pura, termasuk Yio Chu Kang dan Boon Lay

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Banjir kilat mungkin berlaku di beberapa kawasan di S'pura, termasuk Yio Chu Kang dan Boon Lay

Jul 12, 2021 | 08:58 PM

TERDAPAT risiko berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan di Singapura setelah hujan lebat pada Isnin (12 Julai) menyebabkan longkang-longkang hampir dipenuhi.

Demikian menurut agensi air kebangsaan PUB dalam kiriman di media sosialnya.

Longkang-longkang di Upper Paya Lebar Road dan Yio Chu Kang hampir 90 peratus penuh pada sekitar 6.13 petang tadi, katanya.

Ia menambah bahawa orang ramai patut elak daripada ke kawasan-kawasan itu dalam tempoh satu jam dek risiko tinggi berlaku banjir.

PUB juga berkata bahawa sehingga 6.50 petang, paras air telah meningkat melebihi 90 peratus di Jalan Boon Lay dan Sime Darby Centre di Bukit Timah Road.

Longkang besar Bukit Timah berdekatan Blackmore Drive juga menampung air melebihi paras 90 peratus.

Sementara itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberitahu melalui Twitter bahawa banjir kilat telah berlaku di Dunearn Road menghala bandar selepas Jalan Anak Bukit; serta di Bukit Timah Road menghala Woodlands selepas Holland Link. - The Straits Times

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3