Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banjir kilat pada Sabtu simptom perubahan iklim, kata Grace Fu

Apr 19, 2021 | 09:25 PM



BANJIR kilat yang berlaku pada Sabtu (17 April) selepas hujan lebat menunjukkan kesan perubahan iklim dan pentingnya perancangan awal, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada Isnin.



"Kita mengalami hujan lebih lebat - antara yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun lalu - dan kita melihat hujan lebat seperti ini berlaku lebih kerap," katanya kepada wartawan di sisi lawatan ke salah satu lokasi bagi Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS).


"Ia menunjukkan kepada kita pentingnya membuat perancangan bagi perubahan iklim dan juga pengurangan."


Agensi air nasional PUB, yang berada di bawah kementeriannya, telah membelanjakan $2 bilion untuk kerja-kerja pembaikan saliran sepanjang sedekad lalu, katanya.


Hampir $1.4 bilion akan dibelanjakan untuk projek sedemikian dalam tempoh lima tahun akan datang, tambahnya. Sebanyak 37 projek seperti itu sedang dijalankan, dengan 10 projek lagi akan dimulakan tahun ini, kata Cik Fu.


"Ini menunjukkan tekad kami untuk memperbaiki infrastruktur air kami, meningkatkan ketahanan iklim kami, dan juga membuat kitalebih berdaya tahan dalam dunia yang berubah-ubah," kata Cik Fu, menurut laporan The Straits Times.


Sabtu lalu, banjir kilat dilaporkan di serata Singapura, dengan beberapa laluan pejalan kaki banjir di kawasan barat dan tengah.


Hujan lebat yang berpanjangan menyebabkan paras air dalam beberapa longkang dan terusan melebihi 90 peratus muatannya.


PUB dalam kiriman Facebook Sabtu lalu berkata hujan paling lebat berukuran 161.4mm dicatat di barat Singapura dari 12.25 petang hingga 3.25 petang.


Jumlah hujan itu membentuk 91 peratus daripada purata bulanan hujan di Singapura dalam April, dan berada dalam 0.5 peratus teratas bagi hujan harian maksimum yang dicatat sejak tahun 1981.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >