Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bank digital pertama mulakan operasi di S'pura

Jun 04, 2022 | 05:30 AM



GREEN Link Digital Bank (GLDB) memulakan operasi di Singapura semalam, menjadikan ia antara bank yang menyediakan khidmat kewangan kepada institusi besar, atau 'wholesale', digital pertama untuk melakukan demikian.



Ia dimiliki sebuah konsortium, yang diterajui Greenland Financial Holdings.



Konsortium itu memenangi salah satu daripada dua lesen bank 'wholesale' digital dari Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Disember 2020. Bank digital itu akan memberi khidmat kepada syarikat mikro, kecil dan sederhana dalam kewangan dan perbankan.



Ia juga bertujuan meluaskan liputan khidmatnya dan mewujudkan lebih banyak produk pembiayaan rantaian bekalan untuk memenuhi permintaan perniagaan dari pelbagai bidang, termasuk industri yang berpotensi untuk mencatatkan pertumbuhan tinggi, lapor akhbar The Business Times.



Menyentuh tentang pelancaran itu, pengerusi GLDB, Dr Geng Jing berkata:



"Kami bercita-cita menjadi salah satu penyumbang utama terhadap kemajuan ekonomi digital di Singapura dan berharap dapat memainkan peranan penting dalam memupuk ekosistem kewangan digital yang terbuka di Singapura."



Naib pengerusinya, Encik Song Qun, berkata:



"Kami akan terus meneroka pengamalan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI), blok rantai, pengkomputeran awan dan data besar dalam kewangan rantaian bekalan; menggabungkan faktor sekitaran, sosial dan tadbir urus dalam strategi pertumbuhan dan pembangunan produk kami; dan mencipta tanda aras bagi industri perbankan digital."



Ant Group, yang mendapat lagi satu lesen 'wholesale' itu, telah mengambil pekerja dengan banyak di Singapura, memberi isyarat bahawa bank digital itu kemungkinannya akan dibuka lewat tahun ini, menurut laporan media bulan lalu. Syarikat teknologi kewangan itu merupakan syarikat anggota gabungan bagi gergasi e-dagang China, Alibaba.



MAS juga menganugerahkan lesen bank penuh digital kepada konsortium Grab-Singtel dan Sea Ltd.



Bank yang sepenuhnya digital boleh memberi khidmat kepada kedua-dua pelanggan runcit dan korporat. Seperti bank tradisional, ia boleh menyediakan warga Singapura dengan khidmat perbankan seperti deposit, pinjaman, kad debit dan kredit, produk pelaburan dan bayaran.



Jika dibandingkan, bank 'wholesale' digital boleh memberi khidmat kepada pelanggan bukan runcit sahaja.



Grab berkata bulan lalu bahawa bank digitalnya - yang dipanggil GXS Bank - kini sedang menjalani program perintis dalaman, dengan pelancaran awam dijadualkan berlangsung lewat tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >