Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bank Dunia: S'pura punya sistem penjagaan kesihatan, pendidikan terbaik di dunia

Oct 12, 2018 | 05:30 AM



SINGAPURA mempunyai sistem penjagaan kesihatan dan pendidikan terbaik di dunia kerana pemimpinnya mengambil langkah yang diperlukan untuk membangunkan sistem itu, dan bukan kerana negara itu dipenuhi dengan Crazy Rich Asians (orang Asia kaya gila).



Presiden Bank Dunia, Encik Kim Jim Yong membuat kenyataan itu di Sidang Puncak Modal Insan di Bali semalam.



Beliau telah membuat rujukan kepada tajuk novel dan filem popular itu untuk menggambarkan bagaimana pemimpin dunia perlu melabur lebih banyak dalam penjagaan kesihatan dan pendidikan di negara mereka, lapor akhbar The Straits Times semalam.



Encik Kim berkata demikian dalam satu sesi dialog bersama Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang berkongsi mengenai langkah awal yang diambil pemerintah Singapura selepas kemerdekaan negara untuk meletakkan asas bagi sistem penjagaan kesihatan dan pendidikan negara ini.



"Yang paling luar biasa mengenai Singapura adalah ia bukanlah sebuah negara yang penuh dengan orang Asia kaya yang gila pada 50 tahun yang lalu," kata Encik Kim, mengundang ketawa daripada penonton.



"Ini ialah sebuah negara yang pada mulanya mempunyai kadar celik huruf yang rendah dan jumlah kematian serupa dengan negara membangun hingga kini menjadi sebuah negara yang pemimpinnya mengambil tanggungjawab dan berkata, 'Kami akan mengukurnya, kami akan sampai ke sana dan mencuba pelbagai inovasi yang berbeza'."



Awal sebelum itu, Bank Dunia telah melancarkan Indeks Modal Insan buat kali pertama, yang menyenaraikan negara berdasarkan sejauh mana mereka membangunkan modal insan mereka berasaskan lima lima penanda - kemungkinan untuk hidup hingga usia lima tahun; tahun pembelajaran di sekolah yang boleh dijangkakan; mata ujian; kadar penakatan dewasa; dan kadar pembantutan dalam kalangan kanak-kanak.



Namun, Encik Lee berkata bahawa "tugas itu tidak pernah akan selesai" kerana apabila negara mencapai tahap pembangunan yang baru, jangkaan dan cabaran baru akan timbul.



Memberi contoh pendidikan, Encik Lee berkata walaupun Singapura mempunyai sistem pendidikan yang agak baik, ia perlu memberi perhatian lebih kepada pendidikan prasekolah pula.



"Kanak-kanak pada usia enam tahun masuk ke sekolah pada tahap yang agak berbeza, ada yang dapat membaca, ada yang dapat menulis, tetapi ada yang kurang mengenali huruf.



"Kami mahu membawa semua orang ke titik permulaan yang baik seawal mungkin dalam kehidupan, tanpa mengira anda kaya atau miskin, apakah ibu bapa anda kurang bernasib baik," katanya.



Dalam penjagaan kesihatan, Singapura pula harus memberi tumpuan kepada penjagaan pemulihan (step-down care) dan penuaan aktif supaya orang kekal sihat untuk masa yang lebih lama.



"Kami mempunyai warga emas dalam usia 70-an dan 80-an yang belajar menari ballet, dan mereka lebih sihat dan lebih bahagia kerananya," katanya.



Encik Kim berkata ia juga "menakjubkan" bahawa Singapura telah mencapai hasil baik sekarang walaupun ia membelanjakan hanya 4.6 peratus daripada Hasil Dalam Negara Kasar (GDP) untuk penjagaan kesihatan.



Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat membelanjakan kira-kira 18 peratus daripada GDP untuk penjagaan kesihatan sementara kebanyakan negara Eropah menghabiskan 10 hingga 12 peratus.



Namun, jangka hayat Singapura semasa kelahiran jauh lebih tinggi daripada di Britain atau Amerika Syarikat, dan kadar kematian bayi adalah antara yang paling rendah di dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >