TIGA bank setempat, serta kasino di Resorts World Sentosa dan Marina Bay Sands, menerima pengiktirafan daripada polis semalam atas usaha mereka memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan.
Daripada sebanyak 32,660 laporan urus niaga yang mencurigakan (STR) yang difailkan tahun lalu, separuh daripadanya disumbangkan oleh sektor perbankan, dengan sebahagian besarnya dilaporkan DBS Bank, OCBC Bank dan UOB, kata polis dalam satu kenyataan semalam.