Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bank privet, pengurus aset tambah pegawai pematuhan bagi perkukuh kawal selia

Sep 19, 2023 | 04:00 PM

Bank privet, pengurus harta dan aset, serta pejabat keluarga di Singapura sedang giat menambah bilangan pegawai pematuhan bagi memenuhi tuntutan pengawasan kawal selia.

Meskipun tiada angka khusus, perunding merekrut pekerja memberitahu The Straits Times bahawa mereka mendapati permintaan yang lebih tinggi dalam kalangan syarikat bagi mengisi peranan pematuhan pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Peranan ini melibatkan pengawal seliaan, kewangan, teknologi maklumat sehinggalah kepada operasi. Ini berbeza daripada tahun lalu yang lebih kepada carian lebih umum dan luas.

Institusi kewangan bergantung kepada pegawai khusus untuk memastikan pihak industri mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan urus niaga dan pelaporan kewangan. Ini termasuk menyemak dasar dan prosedur institusi kewangan, selain memantau transaksi mencurigakan seperti pengubahan wang haram atau penipuan.

Pendek kata, pegawai pematuhan adalah bak penjaga pintu yang memastikan semua aktiviti syarikat adalah sah dan beretika.

Kes pengubahan wang haram bernilai $1.8 bilion baru-baru ini di Singapura menyaksikan 10 warga asing ditangkap dan ini telah mendorong institusi kewangan yang lebih kecil meningkatkan pasukan pematuhan masing-masing.

Penekanan yang lebih besar terhadap pematuhan adalah sejajar dengan kedudukan Singapura sebagai hab pengurusan kekayaan serantau yang terkemuka, kata pengurus pematuhan di Randstad Singapura, Cik Daniella Koh.

Selain daripada institusi kewangan tradisional, syarikat-syarikat pembayaran, aset digital dan firma pelaburan juga sangat aktif dalam mengambil profesional pematuhan.

Perunding perkhidmatan perbankan dan kewangan firma Robert Walters Singapura, Cik Maira Jamall menyatakan permintaan kini lebih tinggi untuk merekrut profesional pematuhan daripada institusi kewangan khusus, seperti pengurusan aset, ekuiti persendirian dan pejabat keluarga.

Cik Maira berkata syarikat-syarikat lebih suka mendapatkan khidmat profesional pematuhan pasaran yang mempunyai pengetahuan kukuh dalam produk derivatif produk di kaunter atau kontrak mengikat dua pihak yang membuat komitmen untuk menyerahkan aset yang dipersetujui sebelumnya.

Kumpulan bakat tertentu ini biasanya datang dari Britain dan Hongkong, tambah beliau.

“Selain daripada industri perkhidmatan kewangan, terdapat juga peningkatan permintaan dalam industri lain seperti komoditi, firma perdagangan minyak dan gas, farmaseutikal dan teknologi,” kata Cik Maira lagi.

Walaupun kejatuhan Silicon Valley Bank dan penggabungan UBS dan Credit Suisse telah membawa kepada peningkatan kumpulan penjawat yang berpotensi, ramai yang didapati tidak sesuai dan tidak sepadan dengan peranan sasaran yang dicari oleh majikan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3