Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banker batalkan tuntutan lepaskan dana yang dibeku Singapura berkaitan siasatan 1MDB

Feb 05, 2016 | 11:18 AM



Dalam satu perkembangan mengejutkan, banker peribadi Yak Yew Chee memfailkan permohonan pada Jumaat (5 Feb) untuk menarik balik permintaannya kepada Mahkamah Tinggi Singapura agar dilepaskan kira-kira $10 juta dalam akaun banknya yang dibekukan oleh pihak berkuasa di sini sebagai sebahagian daripada siasatan berkaitan syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, 1MDB.


Encik Yak tidak hadir pada pendengaran mahkamah itu, tetapi peguamnya berkata banker pribadi kanan di unit tempatan bank Swiss BSI itu mempunyai kira-kira $1.7 juta dalam sebuah akaun Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) yang beliau gunakan untuk membayar cukai dan yuran undang-undang serta perbelanjaan asas.


Menurut laporan, Encik Yak pengurus hubungan bagi 1MDB Global Investments, Aabar Investment PJS dan SRC International, dan juga seorang ahli perniagaan Malaysia, Encik Low Taek Jho.


Dikenali juga sebagai Jho Low, Encik Low dilaporkan telah dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Awam Malaysia berhubung 1MDB.


Pihak berkuasa Singapura berkata pada Isnin bahawa mereka telah merampas "jumlah besar" akaun bank berhubung kemungkinan berlaku pengubahan wang haram dan kesalahan lain berkaitan salah urus kewangan yang didakwa di 1MDB.


Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menambah bahawa mereka menyiasat kesalahan yang mungkin telah berlaku sejak pertengahan tahun lepas.


Mereka telah meminta dan akan terus mendapatkan maklumat daripada beberapa institusi kewangan, dan telah menemuramah pelbagai individu.


Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa relevan lain, termasuk di Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >