Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022: PAKEJ JAMINAN GST $6.6 BILION

Bantu atasi tambahan perbelanjaan GST sekurang-kurangnya 5 tahun

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



BAGI kebanyakan isi rumah warga Singapura, sokongan daripada Pakej Jaminan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), akan membantu mengatasi tambahan perbelanjaan GST selama sekurang-kurangnya lima tahun.



Isi rumah pendapatan rendah pula akan menerima sokongan untuk mengatasi tambahan perbelanjaan GST selama sekurang-kurangnya 10 tahun, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semalam.



Beliau memberi contoh sebuah keluarga berpendapatan pertengahan seramai empat anggota yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dengan dua kanak-kanak, serta pendapatan isi rumah sekitar $8,000 sebulan.



Mereka akan membayar tambahan GST $800 setahun.



Namun, mereka juga akan menerima sekitar $4,000 dalam pelbagai bentuk bantuan di bawah Pakej Jaminan, termasuk bayaran tunai, Baucar GST-U-Save tambahan, tokokan Medisave, dan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC).



Jumlah $4,000 itu adalah lima kali ganda berbanding tambahan perbelanjaan GST yang dijangka setiap tahun.



Keluarga pendapatan rendah dan warga emas akan menerima sokongan yang lebih tinggi.



Contohnya, pasangan bersara yang tinggal di flat tiga bilik akan menerima lebih banyak sokongan di bawah Pakej Jaminan GST berjumlah sekitar $6,800.



Jumlah ini adalah sekitar lima kali ganda berbanding jumlah tambahan perbelanjaan GST yang dijangka setiap tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >