Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantu cegah kebakaran dengan tidak merokok atau buang sampah: NParks

Oct 10, 2023 | 09:30 PM



Rakyat Singapura boleh memainkan peranan dalam mencegah kebakaran tumbuhan dengan tidak merokok atau membuang sampah di kawasan hijau.

Ini termasuklah di kawasan berumput dan padang hijau, kata Lembaga Taman Negara (NParks) pada Selasa, dalam laporan The Straits Times.


Pengunjung ke kawasan tumbuhan juga harus mengelak daripada menggunakan peranti penyala api di tempat seperti pit barbeku dan tapak unggun api.

Selain itu, barangan mudah terbakar harus dibuang secara bertanggungjawab.

Peringatan itu diberikan menyusuli dua kebakaran tumbuh-tumbuhan yang berlaku dalam tempoh dua hari di Pasir Ris dan Tampines.

Pengarah kumpulan Divisyen Timur NParks, Encik Chia Seng Jiang, berkata: “Dalam tempoh cuaca amat panas dan kering kini, terdapat risiko kebakaran tumbuhan.

“Kami meminta kerjasama orang ramai supaya menjadikan kawasan simpanan semula jadi dan taman kita sentiasa selamat untuk semua.”

Isnin lalu, satu kebakaran berlaku di taman mesra alam di Tampines.

Ketika dihubungi, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kebakaran itu berlaku di Tampines Eco Green sekitar 4.35 petang.

Kawasan tumbuhan berukuran sekitar 30 meter dengan 20 meter yang terbakar itu berjaya dipadamkan dalam masa sejam.

Tiada kecederaan dilaporkan.

SCDF dan NParks kini bekerjasama untuk menyiasat punca kebakaran itu.

Laluan di taman itu telah diperiksa bagi mengelakkan bahaya dan supaya taman itu kekal selamat untuk kegunaan ramai, jelas Encik Chia.

Sebagai langkah keselamatan, NParks akan memotong tumbuhan yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai di kawasan itu, dan mewujudkan lebih banyak ruang penampan.

Selain itu, ia akan meningkatkan pemeriksaan di tapak tersebut, terutama semasa cuaca kering kini, tambahnya.

“Pengunjung ke taman diingatkan agar terus berada di laluan yang ditetapkan untuk keselamatan mereka,” ujar beliau.

Dalam satu kejadian berasingan, SCDF dimaklumkan mengenai kebakaran tumbuhan di Pasir Ris Industrial Drive 1 sekitar 2.15 petang Ahad lalu.

Api dalam kebakaran itu dipadamkan dengan jet air. Tiada sesiapa yang cedera. Punca kebakaran itu sedang disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >