Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EKONOMI & KERJA: MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Bantu ibu yang terjejas teruk kesan Covid

Aug 25, 2020 | 05:30 AM



IA bermula sebagai pekerjaan sambilan semasa cuti sekolah.



Namun pekerjaan itu berubah menjadi pekerjaan kontrak jangka panjang bagi Encik Shiekh Nabyl Shiekh Najee Bagharib, 20 tahun.



Beliau kini bekerja sebagai peninjau sempadan lapangan terbang untuk membantu menyara keluarganya yang turut terjejas akibat pandemik Covid-19.



Ketika dihubungi Berita Harian, Encik Nabyl berkongsi bahawa walaupun pendapatannya tidaklah begitu tinggi, namun beliau berharap dapat meringankan beban keluarganya dalam masa yang mencabar ini.



Beliau menjelaskan ibunya, Cik Noraine MD Jidin yang bekerja dalam industri penerbangan terjejas teruk dengan kesan Covid-19.



Ibu yang bekerja sebagai perunding perjalanan kanan, kini hanya bekerja 11 hari sebulan berbanding 22 hingga 24 hari sebelum ini dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.



"Saya sebenarnya sering mencari pekerjaan sambilan semasa cuti sekolah untuk mendapatkan wang tambahan. Dengan wang ini saya selalunya membeli barangan keperluan dan menabungnya.



"Apabila saya mengambil pekerjaan ini semasa cuti sekolah pada bulan Mac lalu, saya tidak sangka akan meneruskan pekerjaan ini. Memandangkan keadaan yang mencabar kini, saya sedang berusaha sedaya upaya mengurangkan beban ibu bapa saya. Dengan adanya pekerjaan sambilan ini, saya tidak perlu meminta elaun daripada mereka," jelasnya.



Antara cara beliau melakukan demikian termasuk membayar bil telefon bimbitnya sendiri serta membeli barangan runcit mingguan keluarga jika mendapat peluang.



Namun, sebagai pelajar tahun akhir di Politeknik Temasek, Encik Nabyl berkongsi bahawa kadangkala memang sukar membahagikan masa untuk belajar dan bekerja.



Menurut pelajar diploma dalam bioteknologi itu, buat sementara ini, beliau hanya bekerja pada hujung minggu.



"Ini adalah tahun terakhir saya di politeknik, jadi sangat penting untuk saya terus mempunyai berprestasi baik di sekolah. Sekiranya saya mempunyai peperiksaan, saya tidak akan bekerja.



"Walaupun saya perlukan wang, pelajaran dan sekolah saya utamakan. Sebelum ke tempat kerja pada hujung minggu, saya pastikan bahawa semua kerja sekolah dan pembelajaran yang perlu saya lakukan disiapkan dulu sebelum ke tempat kerja," jelasnya.



Selain mendapat peluang untuk membantu keluarga, anak bongsu itu berkata pekerjaan sambilan ini juga mengajarnya bagaimana untuk berdikari dari usia muda.



"Pekerjaan sambilan yang saya lakukan mengajar saya mengenai tanggungjawab serta kepentingan untuk berusaha bagi memenuhi matlamat hidup. Walaupun ia merupakan pekerjaan sambilan, saya rasa bahawa pengalaman ini cukup ternilai.



"Kini, saya hanya berharap keadaan akan pulih secepat mungkin supaya ibu bapa saya dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa. Buat sementara ini saya akan terus bekerja untuk menyokong ibu bapa dan menabung wang simpanan sebelum memulakan Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NS) tahun depan setelah tamat pengajiannya," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >