Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022: PAKEJ SOKONGAN KELUARGA $560 JUTA

Bantu isi rumah tangani kos utiliti, sara hidup

Lebih banyak rebat utiliti akan ditawarkan, lagi $100 baucar CDC akan diagihkan
Feb 19, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan membelanjakan $560 juta di bawah pakej menyediakan bantuan segera bagi membantu isi rumah warga Singapura dengan perbelanjaan harian.



Sebagai sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga Tambahan (HSP) itu, Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata rebat Baucar GST (GSTV) - U-Save akan digandakan bagi baki tahun ini, dengan isi rumah HDB yang layak akan menerima rebat tambahan hingga $285.



Encik Wong turut mengumumkan bahawa pemerintah akan memberikan lagi Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $100 tahun ini.



Di bawah HSP, kanak-kanak yang berusia bawah 21 tahun juga akan menerima tokokan $200 dalam Akaun Pembangunan Anak, Akaun Edusave atau Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) mereka.



"Kesemua ini membentuk pakej bernilai $560 juta yang bertujuan membantu warga Singapura dengan bil utiliti, pendidikan anak dan keperluan harian mereka," ujar Encik Wong.



Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) semalam, semua isi rumah HDB yang layak akan menerima GSTV - U-Save seganda lebih banyak berbanding yang biasa diterima bagi bulan April, Julai dan Oktober tahun ini di bawah HSP.



Bersama rebat GSTV - U-Save tambahan di bawah Pakej Jaminan GST yang akan diberi pada Januari 2023, isi rumah HDB yang layak akan menerima GSTV - U-Save seganda lebih banyak berbanding yang biasa bagi tahun kewangan 2022.



Sekitar 950,000 isi rumah warga Singapura dijangka meraih manfaat.



Rebat tambahan itu akan diberikan kepada isi rumah yang layak pada masa yang sama mereka diberikan GSTV - U-Save biasa, iaitu setiap suku tahun atau pada April 2022, Julai 2022, Oktober 2022 dan Januari 2023.



Baucar CDC yang akan diberikan kepada semua isi rumah warga Singapura tahun ini pula boleh digunakan di kedai dan pusat penjaja di estet perumahan yang mengambil bahagian dalam usaha ini.



Disember lalu, semua isi rumah warga Singapura menerima Baucar CDC bernilai $100 yang boleh dibelanjakan di kedai dan pusat penjaja di estet perumahan.



Ini diumumkan sebagai sebahagian pakej sokongan keluarga bernilai $900 juta sebagai bantuan tambahan bagi keluarga dalam tempoh ekonomi tidak menentu semasa Belanjawan 2021.



Skim Baucar CDC itu dilancarkan buat kali pertama pada Jun 2020 untuk membantu lebih 400,000 keluarga kurang bernasib baik, dengan setiap isi rumah yang layak menerima baucar $50.



Baucar itu boleh digunakan untuk membeli makanan atau produk dan khidmat asas di kedai setempat yang memaparkan pelekat baucar tersebut.



Pada Januari tahun lalu, Baucar CDC diberi buat kali kedua buat 400,000 isi rumah berpendapatan rendah.



Hingga 9 Januari lalu, lebih sejuta isi rumah warga Singapura telah mengambil Baucar CDC itu dalam bulan pertama pelancarannya, dengan lebih $28 juta telah ditebus.




$560j

Bantuan bagi isi rumah



Rebat GSTV – U-Save



  • Rebat U-Save digandakan (hingga $285) bagi isi rumah yang layak bagi April hingga  Disember tahun ini

Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC)



  • Baucar $100 bagi isi rumah warga Singapura untuk digunakan di kedai dan pusat  penjaja di kawasan perumahan tahun ini

Tokokan kepada akaun berkaitan pendidikan



  • Tokokan $200 bagi kanak-kanak warga Singapura berusia 20 tahun dan ke bawah  tahun ini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >