Sejak lewat tahun lalu, Menteri Kedua Pendidikan, Cik Indranee Rajah, telah menerajui satu pasukan bertindak antara agensi, dikenali sebagai Uplift - Pasukan Bertindak bagi Memberi Sokongan Kepada Pelajar dan Memberi Inspirasi Kepada Keluarga - yang bermatlamat membantu pelajar daripada keluarga 20 peratus terendah di sini. Selain isu ponteng sekolah bagi tempoh panjang dan kadar keciciran, isu memperbaiki motivasi pelajar dan cara mempertingkat usaha mendekati ibu bapa turut dititikberatkan. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) meninjau beberapa usaha yang dijalankan pihak sekolah di sini dalam usaha menangani keadaan isu ketidaksamaan.
KEPERLUAN menjaga adik yang lebih kecil apabila ibu bapa tiada di rumah.