Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantu peniaga lolos dalam kes tipu $1.2 bilion: Lelaki dijel 1 tahun

Apr 27, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki dikenakan hukuman penjara semalam selepas dia mengakui peranannya dalam membantu seorang peniaga Ng Yu Zhi, yang didakwa dikaitkan dengan salah satu skim penipuan pelaburan terbesar Singapura untuk melarikan diri dari negara ini.



Semalam, Ding Kuon Chwo, 63 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan bersubahat dengan dua rakan untuk menghalang Ng menjalani tuduhannya dan satu lagi tuduhan berkaitan Akta Perjudian Jauh.



Dia dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda $60,000.



Ding perlu menghabiskan tempoh tambahan lapan minggu di penjara jika dia tidak dapat membayar denda.



Dia adalah orang ketiga yang akan ditangkap berhubung rancangan Ng untuk melarikan diri.



Dalam satu kenyataan sebelum ini, polis berkata bahawa pihak berkuasa mengetahui rancangan itu semasa siasatan berasingan dilakukan berhubung kesalahan perjudian yang tidak berkaitan.



Pihak berkuasa kemudian mengambil langkah segera untuk menghentikan Ng dari melarikan diri.



Salah seorang rakan sejenayah Ding, Keeren Marcus Phang Guan Wei, 32 tahun, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan pada Mac tahun ini atas peranannya dalam membantu Ng melarikan diri.



Pada Januari tahun ini, Alvin Oey Weizhong, 37 tahun, dijatuhi hukuman penjara 11 bulan dan denda $20,000 selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan yang sama dan kesalahan yang dikaitkan dengan aktiviti perjudian yang menyalahi undang-undang.



Ng, 35 tahun, bekas pengarah Envy Asset Management dan Envy Global Trading, yang didakwa kerana dikaitkan dengan skim perdagangan nikel dan menipu sekumpulan pelabur dengan jumlah sekurang-kurangnya $1.2 bilion.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >