Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantu penipu Nigeria pindah wang $2j: Wanita dijel 7 tahun

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang membantu sindiket penipuan dari Nigeria untuk memindahkan lebih $2 juta dari Singapura dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan empat minggu semalam.



Rohaiza Alap, 46 tahun, telah memberikan akaun banknya kepada sindiket tersebut untuk mendapatkan komisen, dan telah merekrut orang lain untuk melakukan yang sama.



Dia mengaku bersalah atas 15 tuduhan, termasuk lapan tuduhan bersekongkol dengan orang lain untuk menyediakan akaun bank bagi menerima hasil jenayah.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, polis dan Pejabat Peguam Negara (AGC) berkata Rohaiza terlibat dalam sindiket wang haram, yang mempunyai satu rangkaian teratur dan canggih yang bertindak sebagai kumpulan pengubahan wang haram profesional.



Sindiket itu menjalankan pelbagai jenis skim penipuan seperti penipuan cinta dan perniagaan, dengan wang yang diraih daripada skim tersebut dimasukkan ke akaun tertuduh.



Dia mengambil potongan daripada wang itu, dan memindahkan yang lain kepada sindiket tersebut.



Tertuduh juga merekrut orang lain untuk menerima wang haram itu.



Mereka juga mengambil potongan itu sebelum menghantar yang baki kepada Rohaiza.



Tertuduh telah memberikan sejumlah 25 akaun bank untuk menerima hasil jenayah itu, sekaligus mengubah wang berjumlah lebih $1.35 juta melalui mereka.



Secara keseluruhan, dia membantu sindiket itu untuk memindahkan lebih $2 juta keluar dari Singapura.



Dia juga berusaha untuk menjejas siasatan dengan menyuruh seorang pengubah wang haram untuk berbohong kepada Jabatan Ehwal Komersial bahawa dia tidak mengetahui tentang wang yang diterima dalam akaun banknya.



Polis dan AGC berkata semalam bahawa kes penipuan kekal menjadi satu keprihatinan jenayah di Singapura.



Jumlah kes penipuan yang dilaporkan telah meningkat 65.1 peratus kepada 15,756 kes pada 2020, daripada 9,545 kes pada 2019.



Penipuan merangkumi 42.1 peratus daripada jumlah kes jenayah pada 2020, naik daripada 27.2 peratus pada 2019.



Polis dan AGC berkata penipuan yang dilakukan dari luar negara menjadi keprihatinan kerana sukar dan hampir mustahil untuk mendapatkan kembali wang itu setelah ia dialih keluar dari Singapura.



Ini dijadikan lebih sukar apabila individu menyediakan akaun mereka untuk digunakan penipu bagi menerima wang tersebut, sekaligus membolehkan mereka untuk menyembunyikan jejak mereka dan mengubah wang haram itu.



"Kami akan terus bekerjasama untuk mencegah pesalah daripada menggunakan sistem kewangan Singapura sebagai tempat perlindungan atau wadah bagi dana haram," kata polis dan AGC semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >