Bantuan $10,000 buat keluarga pekerja Bangladesh yang dijangkiti koronavirus
Feb 25, 2020 | 05:30 AM
PUSAT Pekerja Asing (MWC) akan menghantar dana sumbangan berjumlah $10,000 menerusi pemindahan telegraf kepada keluarga pekerja Bangladesh yang sah dijangkiti koronavirus pada 8 Februari lalu.
Dana tersebut merupakan sumbangan dari majikan pekerja tersebut, Yi-Ke Innovations; pengendali dormitori The Leo, Mini-Environment Services dan MWC, lapor akhbar The Straits Times (ST).