Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan bagi kanak-kanak berkeperluan perkembangan di prasekolah swasta

Mar 20, 2021 | 05:30 AM



KIRA-KIRA 150 kakitangan di seluruh 53 prasekolah swasta di sini bakal dilatih menjelang akhir tahun ini untuk mengenal pasti keperluan perkembangan dalam kanak-kanak dan menyediakan pencegahan awal, jika perlu, di bawah satu inisiatif baru.



Ini boleh memastikan kanak-kanak prasekolah menerima penjagaan yang diperlukan mereka secepat mungkin daripada pendidik di pusat jagaan itu, sekali gus meredakan tekanan bagi ibu bapa yang perlu ulang-alik menghantar anak ke prasekolah dan pusat terapi.



Keperluan perkembangan ialah sekumpulan keadaan melibatkan kekurangan dalam bidang fizikal, pembelajaran, bahasa, atau tingkah laku.



Enam prasekolah di bawah Busy Bees Asia - Pat's Schoolhouse, Odyssey The Global Preschool, Learning vision, Brighton Montessori, Small Wonder dan Bright Path Inclusive Preschool - telah mula menawarkan program baru, Penjagaan Khusus Bright Path, di pusat mereka.



Dikonsepkan oleh konsultan pendidikan inklusif Busy Bees, Cik Tricia Tam, inisiatif itu melibatkan pelantikan dua pakar pencegahan awal dari setiap pusat daripada kalangan kakitangan sedia ada.



Mereka akan mengikuti dua kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) menjelang akhir tahun ini. Setiap pusat akan juga menghantar pengetua dan naib pengetua mereka bagi kursus itu.



Setiap kursus mengambil masa 40 jam, dengan empat jam kelas bersemuka manakala bakinya dalam bentuk e-pembelajaran.



Kursus pertama mengajar cara membaca tanda-tanda seseorang kanak-kanak itu ada keperluan perkembangan, dan cara memahami dan menyokongnya.



Ia sudah ditawarkan sekarang di Asian International College, yang dikendalikan Busy Bees Asia.



Kursus kedua mengajar cara mengurus kanak-kanak itu, berdasarkan apa yang dipelajari daripada kursus pertama, misalnya merangka strategi agar kanak-kanak itu dapat berfungsi dalam kelas perdana.



Menurut Cik Tam, purata 3 hingga 5 peratus kanak-kanak di setiap pusat ada keperluan perkembangan, berdasarkan lawatan ke prasekolah sejak 2019.



Pada masa ini, jika seseorang kanak-kanak ada keperluan perkembangan dan gurunya memerlukan sokongan tambahan, Cik Tam dan dua orang daripada kumpulannya pergi ke sekolah itu dan mengamati kanak-kanak tersebut dan menghasilkan strategi bagi guru itu.



Menurut Cik Tam, dengan inisiatif baru itu, selepas dilatih, pakar pencegahan awal di sekolah itu boleh menghasilkan dan melaksana strategi mereka sendiri, dan kemudian mengajar guru lain mengendalikan kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas.



Inisiatif baru itu diadakan setelah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mengumumkan usaha ke arah pembelajaran inklusif sewaktu perbahasan belanjawannya awal bulan ini.



Ketua Eksekutif Busy Bees Asia, Cik June Rusdon, berkata kumpulan itu telah lama merancang menjalankan inisiatif tersebut.



"Amat menggembirakan bahawa MSF juga mempunyai matlamat sama bagi Program Sokongan Inklusif perintis yang baru sahaja diumumkan," kata beliau.



"Ini adalah bukti usaha berterusan kami untuk mengadakan inovasi dan memperbaiki perkhidmatan dan program kami, untuk menyediakan kanak-kanak kami permulaan terbaik dalam hidup," ujar beliau.



Pengurus kewangan, Cik Shariffa Nadia, 34 tahun, memasukkan anaknya berusia tujuh tahun yang mempunyai autisme ke Bright Path Inclusive Preschool pada November 2018.



Dengan itu, beliau tidak perlu berulang-alik antara prasekolah itu dan pusat pencegahan awal.



Inisiatif baru itu bermakna penjagaan lebih baik bagi kanak-kanak yang ada keperluan perkembangan di prasekolah, ujar Cik Nadia.



"Bright Path merupakan pusat sehenti bagi setiap keperluan kami - terapi pertuturan, terapi pekerjaan. Menyediakan semua itu di satu lokasi adalah bagus.



"Sekarang anak lelaki saya itu tidak perlu pergi ke tempat lain bagi pencegahan awal."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >