Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:13
Isyak
8:22
Setempat

Bantuan bagi pekerja, mereka yang bekerja sendiri dan hilang pekerjaan

Mar 26, 2020 | 05:18 PM

SEBAHAGIAN besar Belanjawan Tambahan bernilai $48 bilion akan membantu pekerja dan menyelamatkan pekerjaan, menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Heng Swee Keat.

1. Subsidi gaji diperluas

Skim Sokongan Pekerjaan diperkenalkan dalam Belanjawan Februari lalu akan dilanjutkan bagi kekalkan pekerja setempat menjadikan jumlah sokongan mencapai $15.1 bilion dan ia akan menyokong lebih 1.9 juta pekerja.

Siling gaji bulanan untuk layak bagi skim ini dinaikkan dari $3,600 kepada $4,600.

Pemerintah akan membiayai sehingga 25 peratus dari $4,600 gaji pertama, dari 8 peratus. Sektor penerbangan dan pelancongan akan mendapat lebih banyak bantuan dengan 75 peratus gaji disokong, dan 50 peratus bagi khidmat makanan.

2. Bayaran tunai bagi mereka yang bekerja sendiri.

Mereka yang layak mendapat $1,000 dalam bentuk tunai sebulan bagi sembilan bulan. Perincian akan diumumkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tidak lama lagi.

Lagi $48 juta bagi menyokong skim sokongan latihan mereka yang bekerja sendiri hingga akhir tahun ini, dengan elaun latihan sejam dinaikkan kepada $10 dari $7.50.

3. Bayaran meningkat bagi pekerja bergaji rendah

Bayaran khas Daya Kerja (Workfare) diumumkan pada 18 Februari lalu, akan dinaikkan kepada $3,000 dalam bentuk tunai.

Sebelum ini, bayaran sekali diberikan iaitu 20 peratus dari bayaran daya kerja mereka tahun lalu, dengan minimum $100. 4.

Wujudkan pekerjaan, latihan bagi yang mencari kerja Sekitar 10,000 pekerjaan baru akan diwujudkan bagi setahun mendatang melalui inisiatif SGUnited Jobs.

Ini termasuk bidang berkembang dalam sektor awam, khidmat penting dan jangka pendek bagi kendalikan krisis Covid-19.

Pameran kerjaya alam maya akan dilancarkan Workforce Singapura Jumaat ini yang menyediakan 2,200 pekerjaan.

5. Membantu mereka yang menganggur

Encik Heng memperuntukkan $145 juta bagi membantu mereka yang tidak bekerja melalui pejabat khidmat sosial dan kelab masyarakat.

Ini termasuk kelonggaran dalam aplikasi ComCare dan dana sementara dibentuk April ini bagi bantu keluarga yang terdesak.

Geran Sokongan Covid-19 baru dibentuk yang memberikan $800 sebulan selama tiga bulan bagi mereka yang hilang pekerjaan dan sedang mencari pekerjaan baru atau mendapatkan latihan.

Artikel Terkini