Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANALISIS BERITA: SUSULAN BELANJAWAN: SOKONGAN BAGI SEKTOR PENERBANGAN

Bantuan bagi ringankan beban, bukan pulih penuh

JSS
Feb 19, 2021 | 05:30 AM



PAKEJ sokongan lanjutan bagi sektor penerbangan yang diumumkan pemerintah akan dapat membantu syarikat dalam sektor penerbangan dan aeroangkasa mengekalkan pekerja, selain mengurangkan lagi kos operasi dalam mengharungi cabaran yang hadapi pada masa sukar sekarang dek pandemik Covid-19.



Pada masa sama, pakar industri memberitahu Berita Harian sokongan tambahan ini harus dilihat sebagai bantuan bagi meringankan beban dan bukan memulihkan sepenuhnya kesan pandemik ini.



Oleh itu, majikan dan pekerja dalam sektor ini perlu memanfaatkan peluang tersedia untuk melakukan pembaharuan agar dapat terus berdaya tahan.



Antara pendekatan yang boleh diambil mereka ialah meningkatkan kemahiran pekerja dengan melatih dan mengubah semula modal perniagaan mereka ke arah digitalisasi dan automasi, kata naib pengerusi Kelompok Aeroangkasa dan Penerbangan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Sazali Zainal.



"Setiap sokongan yang diberikan kepada sektor ini, baik besar mahupun kecil, sangat dialu-alukan sepanjang tempoh ini.



"Pada masa depan, Singapura akan mempunyai jumlah pekerja yang berkurangan. Oleh itu, syarikat perlu mencari peluang menjalani transformasi, dengan teknologi dan automasi mengambil alih.



"Ini bagi memastikan mereka dapat terus melakukan pekerjaan sedia ada dengan lebih produktif sekiranya perlu beroperasi dengan jumlah tenaga kerja yang kecil," ujar Encik Sazali, yang juga presiden Kesatuan Pekerja Perindustrian dan Perkhidmatan Singapura (Siseu).



Semasa membentangkan Belanjawan di Parlimen Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, berkata pemerintah akan melanjutkan selama enam bulan sokongan kepada sektor penerbangan, sedang pemulihan perjalanan udara global dijangka memakan masa lebih lama.



Sebanyak $870 juta akan diperuntuk bagi memelihara keupayaan teras mereka dan bangkit daripada kesan Covid-19. Sokongan itu juga dijangka digunakan bagi mengekalkan dan menaik taraf keupayaan sektor itu dalam mempersiap diri demi memanfaatkan pemulihan.



Selain sektor penerbangan, sektor aeroangkasa dan pelancongan dikenal pasti sebagai sektor dalam Tahap Satu, iaitu yang paling terjejas oleh Covid-19, yang memerlukan lebih banyak sokongan untuk bangkit lebih kukuh.



Timbalan setiausaha agung Kesatuan Jurutera dan Eksekutif SIA Engineering Company (SEEU), Cik Noriah Selamat, yang menyambut baik sokongan berterusan pemerintah itu, berkata: "Ia satu berita baik bagi sektor penerbangan dan aeroangkasa. Ia dapat mengurangkan kebimbangan yang dirasakan kini.



"Walaupun jumlah yang diperuntukkan kurang berbanding sebelum ini, ia tetap menunjukkan bahawa pemerintah masih mengambil berat terhadap sektor yang terjejas terus akibat Covid-19."



Turut melahirkan penghargaan bagi sokongan tambahan ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan Jetstar Asia, Encik Bara Pasupathi, berkata: "Kami berterima kasih kepada pemerintah kerana masih mengenal pasti peranan penting sektor ini dalam membantu Singapura pulih daripada kesan Covid-19 dan mengembalikan kedudukannya sebagai hab udara global terkemuka."



Di bawah JSS, pemerintah membayar sebahagian gaji pekerja. Ini dilihat secara meluas sebagai 'penghubung nyawa' terbesar bagi perniagaan dan pekerja di tengah-tengah pandemik ini.



Subsidi berperingkat itu diberi ke atas $4,600 pertama gaji bulanan kasar yang dibayar kepada setiap pekerja Singapura atau Penduduk Tetap (PR).



Dengan lanjutan enam bulan itu, syarikat Tahap Satu, iaitu dalam sektor paling memerlukan sokongan - aeroangkasa, penerbangan dan pelancongan - akan menerima subsidi sebanyak 30 peratus daripada gaji yang dibayar dari April hingga Jun pada September.



Mereka akan menerima subsidi sebanyak 10 peratus daripada gaji yang dibayar dari Julai hingga September pada Disember.



Syarikat di bawah tahap seterusnya, yang merangkumi perkhidmatan makanan, runcit, laut dan luar pesisir, serta seni dan hiburan, akan menerima subsidi 10 peratus daripada gaji yang dibayar dari April hingga Jun. Mereka akan menerima pembayaran ini pada September.



Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata dengan subsidi tambahan itu, sektor penerbangan akan mendapat sokongan gaji hingga 50 peratus bagi pekerja tempatan selama enam bulan.



Ini bermakna syarikat layak akan menerima subsidi sebanyak 20 peratus daripada gaji yang dibayar kepada setiap pekerja tempatan dari April hingga Jun dan 40 peratus dari Julai hingga September.



Mengulas, Encik Sazali berkata bantuan yang dilanjutkan itu "sangat penting lebih-lebih lagi bagi mengekalkan pekerja yang masih terjejas oleh jumlah penerbangan dan kerja yang berkurangan kini".



Oleh itu, beliau menegaskan tumpuan perlu diberi kepada latihan kerja.



"Dalam tempoh jumlah tugas bagi pekerja tidak begitu banyak, masa yang ada ini boleh diperuntukkan bagi syarikat dan pekerja menjalani latihan. Ini agar mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, yang akan menjadi lebih berguna bagi mereka dan industri ini apabila ekonomi mula bertambah baik kelak," ujar beliau.



Encik Sazali turut berasa adalah penting mengekalkan tenaga kerja berkemahiran dan muda sektor penerbangan dan aeroangkasa.



"Melatih teknisyen, jurutera dalam sektor aeroangkasa memerlukan masa lama (antara dua hingga tiga tahun sebelum mereka berkelayakan). Jadi, ada baiknya jika kita dapat mengekalkan tenaga kerja mahir dalam industri ini.



"Dalam pada itu, kita juga tidak mahu kehilangan bakat dan kemahiran pekerja generasi muda. Jika tidak, kita akan mempunyai jurang bakat generasi luas, jika mereka keluar daripada sektor ini," jelasnya.




"Ia (pelanjutan Skim Bantuan Pekerja (JSS)) satu berita baik bagi sektor penerbangan dan aeroangkasa. Ia dapat mengurangkan kebimbangan yang dirasakan sekarang. Walaupun jumlah yang diperuntukkan kurang berbanding sebelum ini, ia tetap menunjukkan bahawa pemerintah masih mengambil berat terhadap sektor yang terjejas terus akibat Covid-19."
- Cik Noriah Selamat, timbalan setiausaha agung Kesatuan Jurutera dan Eksekutif SIA Engineering Company (SEEU).




"Setiap sokongan yang diberikan kepada sektor ini, baik besar mahupun kecil, sangat dialu-alukan sepanjang tempoh ini. Pada masa depan, Singapura akan mempunyai jumlah pekerja yang berkurangan. Oleh itu, syarikat perlu mencari peluang menjalani transformasi, dengan teknologi dan automasi mengambil alih. Ini bagi memastikan mereka dapat terus melakukan pekerjaan sedia ada dengan lebih produktif sekiranya perlu beroperasi dengan jumlah tenaga kerja yang kecil."
- Encik Sazali Zainal, naib pengerusi Kelompok Aeroangkasa dan Penerbangan NTUC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >