Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan ComCare capai $130j tahun lalu

Dec 09, 2017 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyediakan $130 juta bagi sokongan bantuan ComCare kepada sekitar 83,000 penerima bantuan pada tahun kewangan 2016.



Jumlah keseluruhan keluarga yang dibantu ComCare secara umum telah meningkat bagi kesemua skim sejak lima tahun lalu, kata kementerian itu dalam satu kenyataan semalam.



Peningkatan itu sejajar dengan bantuan Comcare yang dipertingkat serta pelancaran beberapa Pejabat Khidmat Sosial (SSO) dalam tempoh 2013 hingga 2015.



Pada masa yang sama, terdapat sedikit pengurangan dalam jumlah keluarga yang dibantu di bawah Bantuan Jangka Pendek hingga Jangka Sederhana (SMTA) pada tahun lalu berbanding tahun kewangan 2015.



Penurunan itu, menurut MSF, mungkin disebabkan jumlah keluarga yang dibantu dalam kategori tersebut semakin mantap dan kementerian itu akan terus memantau trend tersebut.



Mengulas trend kelakonan bantuan ComCare bagi tahun kewangan 2012 hingga 2016, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, yang juga Menteri Kedua Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata sejak lebih lima tahun lalu, kementerian itu menyaksikan peningkatan besar bagi pembayaran ComCare kepada lebih banyak individu dan keluarga.



Ini menyusuli kesedaran dan kemudahan bagi mendapatkan bantuan ComCare yang dipertingkat, menerusi pembentukan Pejabat Khidmat Sosial.



"Walaupun pemerintah tampil membantu golongan yang memerlukan, bukan sahaja menerusi ComCare bahkan menerusi pelbagai lapisan bantuan yang lain, individu ini dan anggota rumah mereka juga memerlukan lebih banyak sokongan daripada keluarga mereka dan masyarakat.



"Saya berharap sokongan masyarakat dan keluarga itu akan meningkat sedang kita bekerjasama bagi memupuk masyarakat yang lembut dan prihatin," tambah Encik Lim.



Kenyataan itu menyatakan pemerintah telah melabur dengan banyak dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan, perumahan awam dan peningkatan kemahiran bagi warga Singapura.



Ini termasuk pelbagai bantuan subsidi yang memberi manfaat dan faedah kepada ramai - terutama bagi bantuan yang disasar iaitu golongan susah dan berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan tambahan.



Bantuan ComCare adalah satu daripada rangkaian penyelamat sosial utama bagi keluarga berpendapatan rendah. Bantuan itu diagihkan menerusi Bantuan Jangka Panjang (LTA), Bantuan Jangka Pendek hingga Jangka Sederhana (SMTA), dan Skim Bantuan Yuran Penjagaan Pelajar (SCFA). Sebahagian besar keluarga di bawah bantuan ComCare menerima bantuan SMTA.



Sekitar 28,400 anggota keluarga menerima SMTA dalam tahun kewangan 2016 - naik 38 peratus berbanding sekitar 20,500 pada tahun kewangan 2012, sementara sekitar 4,300 anggota keluarga menerima LTA pada tahun kewangan 2016 - peningkatan 28 peratus berbanding sekitar 3,400 anggota keluarga dalam tahun kewangan 2012.




Sekilas



  • Bantuan ComCare adalah satu daripada rangkaian penyelamat sosial utama oleh pemerintah.

  • Ia bertujuan sediakan bantuan sosial bagi individu dan keluarga berpendapatan rendah.

  • Bantuan itu diagihkan menerusi Bantuan Jangka Panjang (LTA), Bantuan Jangka Pendek hingga Jangka Sederhana (SMTA), dan Skim Bantuan Yuran Penjagaan Pelajar (SCFA).

  • Majoriti keluarga di bawah bantuan ComCare menerima bantuan SMTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >