Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan disyukuri, nenek penjaga 'cucu istimewa' cuba berdikari

Jan 09, 2022 | 05:30 AM



MENGAMBIL peranan sebagai penjaga sepenuh masa pada 2016 kepada cucunya yang menghidap palsi serebrum, Cik Sakinah Hassan bimbang dengan kestabilan kewangannya apabila terpaksa berhenti kerja.



Menurut Cik Sakinah, bantuan kewangan sebanyak $600 sebulan telah membantunya menampung kos perbelanjaan rumah tangganya.



Dengan sokongan makanan tambahan daripada beberapa pertubuhan termasuk Food from the Heart, ia membolehkan beliau membelanjakan wang yang diterima untuk keperluan asas serta mendapatkan barangan keperluan lain untuk cucunya.



Ketika ditemui Berita Minggu, Cik Sakinah, 65 tahun, melahirkan perasaan gembira - menyatakan beliau mulai mampu berdikari sejak akhir tahun lalu dan tidak lagi menerima bantuan makanan.



"Saya amat berterima kasih dan bersyukur dengan sokongan yang telah diberikan. Sebelum ini saya ada juga berfikir bagaimana saya akan menyara anak kecil tanpa pekerjaan.



"Tetapi apabila dapat berita bahawa saya akan menerima sokongan ComCare, saya lega," kata Cik Sakinah.



Meskipun menerima bantuan kewangan, bekas pekerja pembersihan itu berkata, kadangkala beliau masih kesempitan wang.



Namun apabila mula menerima pakej habuan makanan setiap bulan pada 2020, bebanan itu dapat dikuurangkan.



"Dengan sokongan makanan yang diberikan, saya dapat salurkan wang daripada ComCare perkara lebih penting.



"Contohnya, saya boleh beli lampin, susu formula untuk cucu saya dan juga menggunakannya untuk menaiki teksi ulang-alik bila ada temujanji perubatan," jelas Cik Sakinah yang tinggal di Toa Payoh.



Menurutnya, beliau perlu hantar cucunya untuk temujanji hospital sekurang-kurangnya dua kali sebulan.



Untuk itu, beliau perlu menghabiskan $80 untuk naik teksi kerana cucunya perlu guna kereta sorong sebesar kerusi roda.



Jika kekurangan wang, beliau terpaksa naik pengangkutan awam untuk ke hospital.



Menurut Cik Sakinah, cucunya yang menghidap palsi serebrum itu tiada keupayaan bergerak seperti orang biasa dan perlu bantuan untuk melakukan kerja seharian.



Menyentuh tentang pakej habuan makanan yang diterimanya, beliau berkata ia membantu dalam penyediaan makanan yang mudah tetapi berkhasiat.



Antara barangan makanan itu termasuk beras, minyak, sardin dalam tin, telur, milo dan kari ayam dalam tin.



Tambah ibu lima anak itu, kadangkala beliau juga menerima makanan panas yang 'diselamatkan' daripada restoran.



Cik Sakinah kini dapat menyara dirinya, cucunya serta anak sulungnya yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara hujung tahun lalu.



Ini setelah beliau mula menerima bayaran bulanan daripada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) serta sokongan daripada Skim Ihsan Senja pada Julai tahun lalu,



"Menjaga cucu saya itu memang memenatkan, lagi-lagi kerana beliau anak keperluan khas.



"Dia perlu sokongan tambahan berbanding anak-anak lain," katanya dengan suara yang sebak.



"Yang penting bagi saya adalah saya dapat menyokongnnya dengan menyediakan keperluannya dan saya tidak mungkin dapat melakukan apa yang saya telah lakukan beberapa tahun lalu tanpa sokongan ComCare dan sokongan makanan," ujarnya sambil menambah, beliau kini masih dikunjungi pekerja sosial dari pusat khidmat keluarga Care Corner Toa Payoh yang memeriksa kebajikan mereka setiap bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >