Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan guaman bagi warga SG tidak mampu dapatkan peguam

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



SATU Pejabat Peguam Bela awam (PDO), yang dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah, akan disasarkan untuk mula menyediakan bantuan guaman menjelang akhir tahun ini.



Bantuan itu akan disediakan kepada rakyat Singapura memerlukan yang menghadapi tuduhan jenayah tetapi tidak mampu mendapatkan peguam mereka sendiri.



"Kami mahu meningkatkan akses kepada keadilan bagi individu yang mudah terjejas di Singapura," kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, di Parlimen, semalam.



Had kelayakan pendapatan bagi mendapatkan bantuan guaman jenayah akan dinaikkan, daripada $950 kepada $1,500 dalam pendapatan isi rumah per kapita bulanan, merangkumi isi rumah setempat dengan pendapatan 35 peratus paling rendah.



Skop di bawah skim bantuan itu juga akan diperluaskan kepada semua jenis kesalahan, kecuali kesalahan kawal selia seperti saman trafik dan kesalahan membuang sampah, serta undang-undang tertentu yang bertujuan untuk menghalang perjudian, jenayah terancang dan bersindiket, serta pengganasan.



Perubahan ini bermakna lebih ramai orang tertuduh yang memerlukan akan layak diwakili peguam pembela awam, yang merupakan peguam sepenuh masa, di mahkamah.



Peralihan terbaru dalam pendirian pemerintah terhadap bantuan guaman jenayah berlaku selepas kajian model bantuan guaman jenayah yang berbeza di sebelas bidang kuasa lain, termasuk Britain, negeri New South Wales dan Victoria di Australia, dan Hong Kong.



Encik Shanmugam berkata: "Kami telah mempertimbangkan pengajaran daripada orang lain, serta maklum balas daripada Persatuan Undang-Undang dan Peguam Jenayah."



Beliau berkata langkah meluaskan bantuan guaman jenayah menyumbang kepada kos yang lebih tinggi di bidang kuasa lain.



Sebagai contoh, di Hong Kong, sebanyak $217 juta telah dibelanjakan untuk kedua-dua bantuan guaman sivil dan jenayah pada 2016.



"Kami berhasrat untuk melaksanakan langkah-langkah untuk cuba dan memastikan bahawa bantuan diberikan hanya kepada kes yang layak, serta mencuba dan memastikan kos bantuan guaman jenayah kekal mampan," katanya.



Pendekatan pemerintah terhadap menyokong bantuan guaman jenayah telah berubah sejak tahun-tahun lalu.



Sejak 1985, bantuan guaman jenayah telah disediakan melalui Skim Bantuan Guaman Jenayah (Clas) yang dimulakan oleh Persatuan Undang-Undang dan peguam kanan termasuk mendiang Peguam Kanan Harry Elias.



Skim itu, yang kini ditadbir oleh Perkhidmatan Pro Bono Persatuan Undang-Undang, dibiayai secara privet melalui sumbangan pertubuhan dan derma.



Pada waktu itu, pendirian pemerintah adalah dana awam tidak sesuai digunakan untuk membela seseorang yang dituduh.



Pada 2015, Kerajaan mula membiayai bersama Clas, membayar 75 peratus daripada kos operasinya, dengan baki 25 peratus dibiayai melalui derma swasta dan Persatuan Undang-undang.



Ini membawa kepada peningkatan empat kali ganda kepada kira-kira 1,250 orang tertuduh setahun, terdiri daripada warga Singapura dan penduduk tetap, yang menerima bantuan melalui Clas.



Kementerian Undang-undang kemudian mula mempertimbangkan sokongan lanjut untuk bantuan undang-undang jenayah.



Pada 2015, pemerintah mula membiayai bersama Clas, membayar 75 peratus daripada kos operasinya, dengan baki 25 peratus dibiayai melalui derma swasta dan Persatuan Undang-Undang.



Ini membawa kepada peningkatan empat kali ganda kepada kira-kira 1,250 orang tertuduh, terdiri daripada warga Singapura dan penduduk tetap, yang menerima bantuan melalui Clas setiap tahun.



Kementerian Undang-Undang kemudian mula mempertimbangkan sokongan lanjutan untuk bantuan guaman jenayah.




MENINGKATKAN AKSES KEPADA KEADILAN



PEJABAT PEGUAM BELA AWAM (PDO)



- Ditubuh sebagai jabatan di bawah MinLaw, dan dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah;

- Diketuai Ketua Peguam Bela Awam;

- Dijangka mula operasi menjelang hujung tahun ini.



SKIM BANTUAN GUAMAN JENAYAH (CLAS) DIPERLUAS



- 35% isi rumah akan layak, berbanding 25% sekarang;

- Had kelayakan Pendapatan Isi Rumah Per Kapita dinaikkan daripada $950 kepada $1,500;

- Rangkumi kebanyakan kesalahan kecuali kesalahan kawal selia seperti saman trafik, akta berkaitan perjudian, jenayah sindiket, dan pengganasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >