Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan guaman lebih mudah bagi pesalah pendapatan rendah

Oct 10, 2019 | 05:56 PM



PESALAH daripada keluarga berpendapatan rendah akan mempunyai akses yang lebih cepat dan lebih menyeluruh kepada bantuan undang-undang menjelang masa akan datang, di bawah sistem baru yang lebih mudah dan fleksibel.



Biro Bantuan Undang-Undang (Lab) akan menggunakan prosedur ujian pendapatan yang telah disemak bermula 16 Oktober untuk mengenal pasti pemohon yang sesuai mendapatkan bantuan, manakala sebuah panel bebas akan mengkaji semula pemohon yang layak, yang mungkin tidak memenuhi kriteria, kata Kementerian Undang-undang pada Khamis (10 Oktober).



Ini berikutan pemindahan kepada Akta Bantuan Guaman dan Nasihat pada tahun lepas.



Untuk melayakkan diri untuk mendapatkan bantuan guaman dengan biro tersebut, yang dikendalikan oleh Kementerian Undang-Undang, pemohon pertama sekali perlu menunjukkan melalui ujian pendapatan bahawa mereka tidak mampu melibatkan peguam dan menunjukkan bahawa mereka mempunyai alasan yang baik untuk dibela dalam kes mereka.



Di bawah ujian pendapatan yang telah diubahsuai, pemohon perlu membuktikan bahawa pendapatan bulanan per kapita mereka adalah tidak melebihi $950, buat 12 bulan sebelum permohonan mereka dibuat. Mereka juga perlu membuktikan bahawa nilai tahunan rumah mereka tidak melebihi $13,000, dan simpanan dan pelaburan mereka di luar Tabung Simpanan Pekerja (CPF) tidak melebihi $10,000.



Langkah ini selaras dengan kaedah ujian pendapatan yang digunakan dalam skim bantuan sosial.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >