Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB: PEKERJA, PENDIDIKAN DAN LATIHAN

Bantuan harus terus diberi kepada pekerja rentan: Fahmi

Apr 18, 2023 | 05:30 AM



BIDANG Tumpuan Empat (FA4) M Kuasa Tiga (M³) lebih penting hari ini sedang Singapura terus bergelut dengan kesan ekonomi dan sosial akibat pandemik Covid-19, kata anggota parlimen, Encik Mohd Fahmi Aliman (GRC Marine Parade).



FA4 merupakan rangka kerja yang bertujuan untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada pekerja Melayu/Islam, termasuk pekerja platform, wanita yang ingin kembali bekerja, pekerja matang dan belia.



"FA4 amat ketara pentingnya dalam konteks hari ini kerana negara terus bergelut dengan impak ekonomi dan sosial akibat pandemik Covid-19.



"Hal ini berpunca daripada kewujudan golongan tertentu yang lebih terjejas daripada yang lain, termasuk mereka yang bergaji rendah, pekerja gig dan pekerja matang.



"FA4 memainkan peranan penting dengan memastikan golongan rentan dalam masyarakat Melayu/Islam ini mendapat sokongan dan sumber yang perlu semasa tempoh yang sukar ini," kata Encik Fahmi dalam perbahasan mengenai ucapan Presiden Halimah Yacob.



Memberi contoh, Encik Fahmi berkata FA4 berusaha membantu pekerja platform yang sering menghadapi situasi pekerjaan yang tidak terjamin dan ketiadaan manfaat pekerjaan, dengan memberi insentif kepada mereka untuk mengekalkan daya laku kerja dengan mengasah kemahiran yang relevan bagi industri-industri pertumbuhan.



"Dengan menangani cabaran unik yang dihadapi golongan rentan, seperti pekerja platform, wanita, pekerja matang dan belia, FA4 membantu mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan saksama.



"Ini penting untuk kompak sosial Singapura dalam usaha kita membina komuniti yang lebih berdaya bingkas dan bersatu untuk masa depan," ujar beliau.



Dalam pada itu, Encik Fahmi juga menekankan pentingnya membina kepercayaan tenaga kerja.



Dalam hal ini, kerjasama tiga pihak telah melakukan usaha besar pada masa lalu untuk menyokong pekerja semasa tempoh-tempoh mencabar.



Antara usaha yang dijalankan ialah inisiatif #EveryWorkerMatters Pergerakan Buruh yang bertujuan mendengar suara semua pekerja.



Inisiatif tersebut bertujuan untuk melibatkan pekerja dari semua lapisan masyarakat supaya secara kolektif kita dapat menentukan kompak pekerja dan mendengar pandangan mereka tentang masa depan pekerjaan.



Melalui perbualan itu, Pergerakan Buruh mahu membina hubungan yang lebih teguh dengan pekerja dan lebih memahami perspektif mereka.



Maklum balas sedemikian juga akan memberi sumbangan ke arah merangka strategi jangka panjang selanjutnya, kata Encik Fahmi.



"Bagi masa hadapan, Pergerakan Buruh sedar peri pentingnya membantu pekerja membina daya bingkas dalam kerjaya serta tenaga kerja yang mahir dan mampu menyesuaikan diri.



"Untuk berbuat demikian, kami bercadang untuk membentuk lebih banyak Jawatankuasa Latihan Syarikat," katanya.



Namun begitu, lebih banyak lagi perlu dilakukan untuk menyokong pekerja dan belia yang rentan, tambahnya.



Dengan kerjasama tiga pihak, tenaga kerja yang mahir, yang mampu menyesuaikan diri dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran dapat diwujudkan.



- NUR FATHIN AWALLUDIN




“FA4 adalah rangka kerja penting dalam usaha memberikan sokongan dan bantuan kepada golongan rentan dalam masyarakat Melayu/Islam, terutama dalam iklim ekonomi dan sosial yang mencabar hari ini. Dengan menangani cabaran unik yang dihadapi golongan rentan, seperti pekerja platform, wanita, pekerja matang dan belia, FA4 membantu mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan saksama.”
– Encik Mohd Fahmi Aliman, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East



“Belia hari ini berhadapan dengan landskap pendidikan dan pekerjaan yang lebih kompetitif. Pekerja muda kita, yang memulakan langkah pertama dalam kerjaya mereka, akan memerlukan lebih banyak sokongan. Kami mahu tenaga kerja masa depan kita dapat mempunyai impian besar, bercita-cita tinggi dan mencapai potensi penuh mereka dalam pelbagai peluang kerjaya.”
– Encik Desmond Tan, Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri).



“Kita juga boleh melanjutkan Program Penukaran Kerjaya (CCP) kepada golongan yang bekerja sendiri. Ramai daripada golongan ini telah menceburi bidang ini kerana mereka memerlukan lebih banyak pendapatan tambahan. Ada di antara mereka juga mencari kestabilan kerjaya.”
– Encik Desmond Choo, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >