Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan juruaudit mungkin diperlukan bagi penyerahan Punggol East

Sep 15, 2015 | 10:12 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) baru SMC Punggol East, Encik Charles Chong daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP), dan Parti Pekerja (WP) berkata semalam (14 Sep) mereka mahu penyerahan lancar dan cepat aset kawasan undi itu, yang dirampas PAP kembali daripada WP dalam pilihan raya umum Jumaat lalu.


Tetapi pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, yang mempengerusikan majlis bandaran parti itu, memberitahu pemberita di Sesi Bertemu Penduduk (MPS) di kawasan undi Serangoon GRC Aljunied bahawa masih ada perkara belum selesai mengenai akun 2013 Punggol East.


Beliau berkata PAP masih belum memberi "penjelasan muktamad" yang dijanjinya semasa berkempen bagi pilihan raya lalu pilihan raya mengenai jumlah yang dipertikai dalam akaun yang diserahkan kepada Majlis Bandaran Aljunied-Hougang WP selepas WP memenangi Punggol East dalam pilihan raya kecil 2013.


Sebagai respons, Encik Chong memberitahu pemberita di MPS beliau semalam bahawa perkara itu mungkin perlu diselesaikan dengan bantuan juruaudit bebas kerana setiap pihak mempunyai versi masing-masing mengenai akaun Punggol East.


WP mendakwa semasa penyerahan oleh PAP, akaun Punggol East menunjukkan defisit $282,000.


Ini bercanggah dengan dakwaan Encik Chong bahawa sebelum 2013, ia mempunyai lebihan $1.7 juta. Encik Chong kemudian menjelaskan ini bahawa itu ialah lebihan keseluruhan Majlis Perbandaran Pasir Ris-Punggol, dan bukan Punggol East sahaja.


Punggol East berada di bawah Majlis Perbandaran Pasir Ris-Punggol PAP, tetapi asetnya dipindahkan kepada Majlis Bandaran Aljunied-Hougang selepas pilihan raya kecil itu.


Encik Chong berkata penyerahan aset Punggol East perlu dilakukan dalam masa 90 hari, mengikut peraturan pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >