Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan kewangan bagi individu dengan kesan sampingan serius vaksin Covid-19

Jan 29, 2021 | 12:28 AM



SEBUAH program bantuan kewangan akan diperkenalkan bagi mereka yang mengalami kesan sampingan serius berkaitan dengan vaksin Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (28 Januari).



Bayaran balik sekali sehingga $10,000 akan diberikan kepada mereka yang mengalami kesan sampingan serius secara perubatan, dirawat di hospital dan memerlukan jagaan di unit jagaan rapi atau pergantungan tinggi, tetapi seterusnya pulih.



"Program ini akan memberi lebih ketenangan minda buat mereka yang menjalani vaksinasi ini," kata MOH.



Mereka yang mengalami kecacatan teruk atau meninggal dunia kerana vaksinasi ini akan diberi bayaran balik sekali sebanyak $225,000.



Manakala mereka yang mengalami kesan sampingan serius vaksinasi ini boleh terus menerima sokongan serentak daripada skim jagaan kesihatan seperti MediShield Life dan subsidi di institusi jagaan kesihatan awam.



Bagi layakkan diri buat program bantuan kewangan ini, penerima mestilah warga Singapura, penduduk tetap atau pemegang pas jangka panjang yang mengambil suntikan vaksin ini di sini.



Mereka juga mesti mengalami kesan sampingan serius yang berpotensi mengancam nyawa atau membawa maut serta memerlukan rawatan hospital pesakit dalam atau menyebabkan ketidakmampuan atau kecacatan. Kesan sampingan ini mesti dinilai doktor yang berkaitan dengan proses vaksinasi individu ini.



Memandangkan tahap keterukan kesan sampingan serius ini luas dan rawatan doktor juga pelbagai, MOH telah melantik panel klinikal bebas bagi menilai permohonan individu buat program bantuan kewangan ini.



Dalam pada itu, kenyataan MOH menjelaskan pihaknya dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sedang memantau rapi keselamatan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech, sedang ia ditadbir buat penduduk Singapura.



Dalam kalangan lebih 113,000 individu yang menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech, HSA menerima laporan daripada karyawan jagaan kesihatan tentang 432 kejadian kesan sampingan buruk  susuli vaksinasi sehingga 27 Januari lalu.



Menerusi kenyataannya pada Khamis, MOH berkata kebanyakan daripada laporan yang diterima adalah bagi tanda-tanda yang umumnya dikaitkan dengan semua vaksinasi dan kebanyakannya dihurai dalam masa beberapa hari.



Kesan yang dilaporkan termasuk bahagian suntikan yang sakit dan bengkak, sakit kepala, lelah, sakit badan, mabuk, mual dan reaksi alahan seperti kegatalan kulit, kulit kemerah-merahan, mata atau bibir yang bengkak.



Tiga kes yang dilaporkan merupakan anafilaksis di mana reaksi alahan yang teruk cepat berlaku. Bagaimanapun, semua kes ini sudah dibenarkan pulang dari hospital selepas sehari dipantau atau menjalani rawatan, tambah MOH.



Mereka bertiga merupakan individu berusia 20-an dan 30-an tahun yang menampakkan berbilang kesan seperti alahan kulit, kepayahan bernafas, bengkak bibir, tekak perit dan mabuk.



MOH menambah, tiga individu ini mempunyai sejarah alahan termasuk alahan rinitis  (radang membran mukus) dan alahan makanan seperti kerang tetapi tiada yang mempunyai sejarah anafilaksis yang akan mengecualikan mereka daripada mendapatkan suntikan ini sebelum mendaftar.



Memandangkan semua individu yang menjalani vaksinasi di Singapura dipantau rapi, tanda-tanda kesan sampingan pada tiga individu ini dengan segera dikesan dan dirawat, kata MOH.



MOH menambah, kadar berlakunya anafilaksis di Singapura ialah 2.7 bagi setiap 100,000 dos yang ditadbir.



Ini berbanding kadar sekitar satu hingga dua bagi setiap 100,000 dos yang ditadbir di luar negara, membabitkan berjuta dos vaksin.



“Variasi dalam kadar berlakunya anafilaksis ini dijangka pada peringkat awal kerana bilangan yang menjalani vaksinasi di Singapura sejauh ini kecil,” tambah MOH.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >