Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Bantuan kewangan bagi yang hadapi kesan kesihatan serius akibat vaksin Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bantuan kewangan bagi yang hadapi kesan kesihatan serius akibat vaksin Covid-19

Mar 17, 2021 | 05:30 AM

MEREKA yang mengalami kesan kesihatan serius yang berkait dengan pemvaksinan Covid-19 mereka boleh membuat permohonan agar dapat menerima bantuan kewangan mulai hari ini.

Permohonan mereka di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP) bagi pemvaksinan Covid-19 itu perlu dihantar bersama dengan maklumat perubatan kesan serius yang dialami mereka itu oleh doktor yang merawat mereka, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Sebuah panel klinikal bebas akan menyemak semua permohonan untuk melihat betapa teruk kesan kesihatan yang dialami itu dan bagaimana ia berkait dengan vaksin yang telah diberikan kepada mereka, lapor The Straits Times (ST).

Jumlah bayaran yang dihulurkan sekali sahaja itu akan diberikan berdasarkan betapa teruknya kesan kesihatan itu yang berkait dengan vaksin yang diterima.

Mereka yang perlu dirawat di hospital dan menerima rawatan perubatan, lalu kemudian pulih daripada kesan kesihatan tersebut akan menerima sebanyak $2,000.

Mereka yang memerlukan rawatan unit pergantungan tinggi (HDU) atau rawatan intensif dan kemudian pulih akan menerima sebanyak $10,000.

Penerima vaksin yang meninggal dunia atau mengalami kecacatan yang teruk dan tetap akibat pemvaksinan akan menerima $225,000.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3