Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan kewangan ringankan beban pelajar matang ITE

Nov 25, 2021 | 05:30 AM



TERCICIR daripada pengajiannya di sekolah menengah, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur Encik Muhammad Khairullah Abdullah hanya menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'N' ketika berusia 23 tahun.



Beliau, yang kini berusia 26 tahun, juga antara pelajar paling matang dalam kalangan pelajar lain dalam kohortnya di ITE.



Namun, bapa kepada seorang anak berusia tiga tahun itu berkata beliau tidak menghiraukan sangat hakikat itu.



Malah, dalam wawancara dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini, beliau yang kini mengikuti kursus kejuruteraan elektrik, melahirkan harapan melanjutkan pengajiannya ke peringkat diploma di politeknik selepas menamatkan pengajian Nitec Tinggi pada Mac depan.



Beliau akur, keputusannya itu akan terus membebankan keadaan kewangan keluarga. Beliau, yang turut menjaga neneknya yang berusia 63 tahun, tidak dapat bertugas sepenuh masa kerana perlu menghadiri kelas hampir setiap hari.



Jika berkesempatan, Encik Khairullah bekerja sambilan sebagai penghantar makanan dua tiga kali seminggu. Justeru, sebarang wang yang diterimanya untuk membantu dalam menyara hidup keluarga dan pengajiannya amat membantu, kata Encik Khairullah.



Bantuan yang diharapkan itu mungkin timbul dalam bentuk sedikit bantuan wang tahun depan.



Encik Khairullah sekali lagi telah dipilih untuk menyertai lagi 450 pelajar yang memerlukan dari ITE untuk menerima dana bantuan menerusi Skim Bantuan Kewangan Bulanan yang disokong oleh Ngee Ann Kongsi (NAK).



Pertubuhan itu, semalam, telah mendermakan lagi $1 juta bagi tempoh lima tahun bermula 2022 kepada ITE bagi tujuan membantu pelajar miskin.



Ini adalah kali ketiga NAK menyumbang derma bagi skim tersebut, menyusuli sumbangan pada 2012 dan 2018, menurut ITE dalam kenyataannya.



Naib presiden dan pengerusi NAK Encik Jamie Teo berkata NAK akan terus menyokong perihal budaya dan kebajikan di Singapura.



"Kami bangga untuk membantu ITE sejak 2012... dan kami akan meneruskan perkongsian dengan ITE dalam kerjasama tahun-tahun seterusnya untuk menghasilkan lebih kebaikan," kata beliau.



Encik Khairullah, yang menerima bantuan $150 sebulan menerusi skim itu berkata:



"Wang ini dapat meringankan perbelanjaan keperluan bagi diri saya serta nenek dan anak. Saya bersyukur kerana mendapati bantuan ini."



Encik Khairullah, yang mempunyai tujuh adik beradik, beliau juga akan memberikan sedikit wang kepada keluarganya itu jika ada wang yang berlebihan.



Adik-beradiknya tinggal bersama ibu bapa beliau di flat satu bilik yang lain.



Ibunya bekerja sebagai pekerja pentadbiran di sekolah dan ayahnya juga bertugas sebagai penghantar makanan, kata Encik Khairullah.



Walaupun beliau kesempitan wang, beliau berasa ada tanggungjawabnya untuk bekerja sambil belajar dan membantu keluarganya menampung keperluan harian.



Ketua pegawai eksekutif (CEO) ITE, Cik Low Khah Gek, berkata ramai pelajar yang bekerja sambilan untuk mengurangkan kesempitan kewangan.



"Sokongan daripada NAK akan membantu membolehkan mengurangkan beban kerja sambilan dan membolehkan pelajar mengatasi cabaran dan fokus pada pendidikan demi membina masa depan mereka," kata Cik Low.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >