Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan khas NTUC bagi ahli hadapi kenaikan kos sara hidup

Dana Penjagaan dilancar dengan $3.66j bagi anggota kesatuan bergaji rendah
Aug 21, 2022 | 05:30 AM



DENGAN kos sara hidup di Singapura semakin meningkat, Cik Ismalinda Mohamed Sidik, 46 tahun, berdepan tekanan kewangan.



Pegawai kanan perkapalan di Keppel itu dan suaminya, yang bekerja sendiri sebagai pemandu bas privet, turut menyara tiga anak berusia antara lapan hingga 16 tahun.



Ketika ditemui Berita Minggu, Cik Ismalinda berkongsi bahawa perbelanjaan barangan runcit keluarganya telah meningkat $50 sejak beberapa bulan lalu.



"Harga semua barang di pasar atau pasar raya sudah meningkat. Makanan ruji yang kita gunakan setiap hari, seperti beras, telur, ayam dan ikan, semua telah meningkat kira-kira 10 hingga 20 peratus," ujarnya.



"Dengan anak-anak saya sema-kin membesar dan makan lebih, ia juga bermakna barang runcit yang saya sering beli habis lebih cepat," tambah beliau.



Namun, dengan bantuan Dana Penjagaan (Bantuan Khas) NTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan) yang dilancarkan semalam, Cik Ismalinda dapat menghela nafas lega kerana ia membantu meringankan beban kewangan keluarganya.



Daya usaha baru NTUC dengan dana sebanyak $3.66 juta itu bertujuan membantu ahli kesatuan sekerja berpendapatan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup.



Dibawah dana itu, ahli kesatuan layak boleh menerima hingga $150 dalam bentuk bantuan tunai bagi keperluan harian.



Mengulas mengenai program itu, Cik Ismalinda, yang tinggal di Jurong, berkata: "Dengan adaanya wang tunai tambahan ini, kami dapat memperuntukkannya untuk belanja harian lain.



"Ia bukan untuk barang runcit saja, malah saya boleh gunakannya untuk dapatkan barang sekolah anak-anak saya."



Dilancarkan semasa Anugerah Pendidikan Kesatuan Pekerja Perindustrian dan Perkhidmatan Singapura (Siseu), inisiatif itu dijangka membantu 28,000 ahli kesatuan berpendapatan rendah.



Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Desmond Tan, yang menghadiri acara di Pusat NTUC itu berkata usaha tersebut bagi menyokong ahli yang terjejas teruk.



"Dana Penjagaan (Bantuan Khas) NTUC menawarkan lapisan sokongan tambahan bagi ahli kesatuan NTUC yang berpendapatan rendah untuk menangani kos sara hidup yang lebih tinggi.



"Kami berharap sokongan tambahan ini memberi fleksibiliti yang lebih besar untuk ahli kesatuan kami menggunakannya bagi keperluan segera," kata Encik Tan.



Program bantuan itu dibuka kepada ahli kesatuan yang tinggal bersama keluarganya dalam isi rumah sama yang mempunyai pendapatan kasar bulanan $3,400 dan ke bawah atau pendapatan per kapita tidak lebih $850.



Ahli kesatuan yang tidak mempunyai keluarga yang tinggal bersamanya dalam isi rumah sama harus mempunyai pendapatan kasar bulanan $1,500 atau ke bawah, termasuk elaun dan bayaran gaji kerja lebih masa, untuk layak mendapat bantuan itu.



Mereka yang layak boleh menerima hingga $60.



Untuk layak menerima bantuan itu, individu berkenaan perlu mempunyai keanggotaan aktif kesatuan dengan pembayaran keanggotaan selama enam bulan berterusan yang tidak tertunggak.



Benefisiari yang layak menerima bantuan itu akan dimaklumkan dan mendapat pembayaran, termasuk yang diluluskan selepas membuat rayuan, secara tunai dalam masa 30 hari selepas bermohon.



Permohonan dibuka dari esok hingga 30 September. Untuk maklumat lebih lanjut, ahli NTUC boleh melungsuri laman ucare.ntuc.org.sg/assistance.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >