Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan khusus disedia tangani kesihatan mental

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah menyediakan pelbagai bantuan yang khusus bagi ibu bapa dan belia, terutama sekali semasa pandemik Covid-19 yang menampilkan cabaran baru dan menekankan pentingnya usaha mengukuhkan kesihatan dan kesejahteraan mental belia.



Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia) Eric Chua berkata Families for Life (FFL) misalnya melancarkan siri video #FFLShareTheCare di dalam talian semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk membendung penularan Covid-19.



Pakar seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kesihatan Mental, Dr Daniel Fung, serta Timbalan Pengarah Eksekutif Khidmat Masyarakat Fei Yue, Encik Arthur Ling, turut diundang bercakap tentang isu kelakuan remaja, keibubapaan dan membina hubungan keluarga yang kukuh.



Encik Chua berkata demikian di Parlimen semalam semasa menjawab pertanyaan Cik Carrie Tan (GRC Nee Soon) tentang kesedaran kesihatan mental belia di kalangan ibu bapa.



Cik Tan juga ingin tahu sama ada terdapat usaha daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk bekerjasama dengan kementerian lain berhubung hal itu dan untuk melengkapi ibu bapa dengan kesedaran kesihatan mental serta kemahiran respons supaya mereka dapat menyokong kanak-kanak dan belia di rumah dengan lebih baik.



Memberi contoh antara usaha kementerian, agensi dan rakan kerja masyarakat berbeza untuk menggalak dan menyokong kesedaran kesihatan mental belia, Encik Chua berkata Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) menjalankan program pendidikan kesihatan mental bagi ibu bapa yang mempunyai anak di prasekolah dan sekolah rendah.



Kementerian Pendidikan (MOE) pula menawarkan sumber dan tip praktikal kepada ibu bapa menerusi pelbagai wadah.



Sementara itu, MSF menyediakan program keibubapaan berdasarkan bukti seperti Program Keibubapaan Positif, atau Triple P, yang melengkapi ibu bapa dengan strategi yang mudah dan praktikal untuk membina hubungan yang kukuh dan sihat dengan anak mereka selain menangani kelakuan anak mereka dengan yakin.



Encik Chua turut menarik perhatian sumber digital lain yang telah dibangunkan untuk melengkapi ibu bapa dengan maklumat dan wadah untuk menyokong kesejahteraan mental anak mereka.



"Sementara program dan sumber ini membantu keluarga dengan pendidikan dan kesedaran tentang kesejahteraan dan kesihatan mental belia, sesetengah mereka mungkin memerlukan sokongan dan bantuan tambahan.



"Keluarga yang menghadapi masalah rumah tangga dan keluarga atau tekanan sebagai ibu bapa boleh menghubungi Pusat Khidmat Keluarga atau khidmat kaunseling dalam talian yang ditubuhkan oleh MSF bersama Hab Psikologi Masyarakat pada April 2020," ujarnya.



Tambahnya, lebih 1,200 klien telah dibantu menerusi khidmat kaunseling dalam talian Hab Psikologi Masyarakat tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >