Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan lebih tersusun bagi keluarga susah melalui M3: Faishal

Ini dilaksana lalui kerjasama lebih erat M3 dengan rakan kerja masyarakat, agensi pemerintah
May 22, 2022 | 05:30 AM



KELUARGA Melayu/Islam, termasuk golongan yang lebih memerlukan, telah menerima sokongan yang lebih padu dan tersusun menerusi rangka kerja M Kuasa Tiga (M3) semasa pandemik Covid-19 ini.



Demikian menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



"Disebabkan Covid, kami lebih berazam membantu mereka yang lebih memerlukan. Pada masa yang sama, kami telah memulakan M3.



"Semua perkara ini datang pada masa yang betul, dan kami telah dapat menghulurkan bantuan secara lebih khusus," ujar Dr Faishal dalam satu wawancara dengan Berita Minggu (BM).



M3 merujuk kepada kerjasama antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat Melayu/Islam.



Dr Faishal merupakan pengerusi dua daripada empat bidang tumpuan (FA) M3 iaitu - FA Pertama (FA1) perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak; serta FA Kedua (FA2) individu dan keluarga rentan.



Dua lagi bidang tumpuan adalah memperkasa dan bimbing belia, serta pekerjaan dan daya kerja.



Dalam usaha membantu keluarga memerlukan, Dr Faishal berkata rakan kerja masyarakat bersama agensi M3 dan agensi pemerintah memupuk kerjasama yang lebih erat, sekali gus terdapat pendekatan yang lebih khusus membantu golongan terjejas.



Beliau memberi contoh pengagihan daging korban tahun lalu yang turut diperluas kepada keluarga banduan, selain penerima zakat, dan ini dapat dilakukan dengan adanya rangkaian M3.



Sejak 2019, lebih 2,600 anggota keluarga banduan menerima sokongan di bawah Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) kendalian Muis dengan kerjasama rakan lain di bawah M3.



Ini termasuk bantuan kewangan, sokongan pekerjaan dan pembelajaran Islam.



Dalam tempoh tiga tahun lalu juga, lebih 15,000 pasangan Melayu/Islam telah menerima sokongan di bawah program Bersamamu sejak 2019 yang menawarkan bimbingan oleh Naib Kadi sebelum dan hingga dua tahun pernikahan.



Bilangan Kadi dan Naib Kadi juga telah meningkat dari 27 sejak pelancaran Bersamamu pada Julai 2019 menjadi 52 pada 2021.



"Covid berlaku sekitar enam atau tujuh bulan selepas kami melaksanakan Bersamamu.



"Meskipun perlu menjalani perkahwinan semasa Covid, pasangan tetap berpeluang mempunyai permulaan yang baik dalam pernikahan mereka," ujar Dr Faishal.



Encik Ahmad Fauzan Ahmad Jupri, 27 tahun, dan Cik Batrisha Rehan, 27 tahun, merupakan antara pasangan yang meraih manfaat daripada program Bersamamu tahun lalu.



"Waktu itu masih pandemik, jadi kami mengadakan sesi dengan naib kadi kami secara dalam talian sekitar dua bulan sebelum hari perkahwinan kami.



"Sesi itu menjadikan kami lebih fokus dan siap sedia untuk perkahwinan," ujar Encik Fauzan, seorang anggota bomba.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >