Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Bantuan lebih tinggi, banyak bagi pelajar susah belajar agama di masjid

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bantuan lebih tinggi, banyak bagi pelajar susah belajar agama di masjid

Sep 04, 2021 | 05:30 AM

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah menyemak kriteria dan meningkatkan subsidi sebuah skim yang menyokong pelajar memerlukan mengikuti kelas pendidikan Islam di masjid.

Seramai 4,100 pelajar akan meraih manfaat daripada $1.8 juta yang diperuntuk tahun depan - peningkatan 35 peratus daripada jumlah agihan tahun lalu - bagi skim itu.

Ini juga jumlah terbesar yang diberi setakat ini, ujar Muis dalam satu kenyataan semalam.

Mulai Januari depan, pelajar memerlukan akan mendapat subsidi lebih tinggi hingga $520 setiap tahun, meningkat daripada $400 sekarang, bagi kelas aLIVE mereka.

Subsidi itu diberi di bawah Dana Pendidikan Islam (IEF), yang diperkenal pada 2004 untuk memastikan program aLIVE kelas pendidikan Islam (IE) di masjid dimampui keluarga berpendapatan rendah.

Bantuan tersebut diberi melalui subsidi untuk menampung yuran bulanan dan pelbagai bayaran serta bahan pembelajaran.

IEF merangkumi dua komponen, iaitu Geran Pelajar Memerlukan dan Rebat Sokongan Keluarga untuk mengimbangi yuran kelas madrasah aLIVE di masjid.

Semakan kriteria bagi menyediakan sokongan tambahan di bawah IEF adalah disebabkan cabaran ekonomi akibat Covid-19, yang menjejas banyak keluarga. terutama yang berpendapatan rendah, kata Muis.

Pengarah Dasar dan Sistem Pendidikan Muis, Encik Zalman Ali, berkata perubahan itu mewujudkan kriteria kelayakan lebih luas agar lebih ramai mendapat bantuan bagi meneruskan pendidikan Islam di masjid.

"Ini adalah antara usaha kami bagi menggalak ibu bapa tidak mampu ke hadapan untuk terus menghantar anak-anak mereka menghadiri pendidikan Islam di masjid atau di pusat aLIVE.

"Kami melihat pendidikan Islam sebagai satu hal penting dan kami berharap ia dapat diteruskan agar anak-anak kita dapat meningkatkan kefahaman Islam mereka, serta dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan generasi akan datang," ujar Encik Zalman.

IEF, yang dibiayai daripada pungutan zakat, mengagihkan lebih $10.2 juta kepada 37,000 benefisiari berusia antara lima dengan 20 tahun sejak ia dilancarkan.

Mereka yang ingin memohon bantuan IEF boleh mendaftar di https://learnislam.sg/apply-for-ief.

Pendaftaran bagi kelas aLIVE pada tahun berikutnya mesti disahkan sebelum menghantar permohonan bagi IEF.

Untuk meningkatkan mutu program aLIVE, Muis telah bekerjasama dengan beberapa masjid bagi pusat aLIVE mereka diletak di bawah pengurusan pusat Hab Pembelajaran Islam dan Pejabat Pengurusan (Ilham) sejak awal tahun ini.

Pendaftaran kelas aLIVE bagi tahun akademik 2022 boleh dilakukan dalam talian dari bulan ini hingga Disember melalui pautan pendaftaran masjid.

Bagi 15 pusat aLIVE di bawah Ilham, pendaftaran akan dibuka kepada orang ramai melalui sms.learnislam.sg.

Untuk maklumat lanjut, ibu bapa boleh menghantar e-mel kepada salam@learnislam.sg atau menghubungi pentadbir di madrasah masjid terdekat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3