Bantuan mencurah bagi mangsa kebakaran di Marsiling

SELEPAS flat tiga biliknya di Blok 23 Marsiling Drive hangus dijilat api kelmarin, hampir semua persiapan Raya keluarga Cik Azlena Hamdi musnah dan seluruh flatnya hitam legam dek diselaputi jelaga.

Namun ibarat hilang gelap timbul terang, bantuan datang mencurah-curah daripada segenap lapisan masyarakat bagi membantu beliau sekeluarga bangkit daripada musibah yang menimpa mereka.

Galeri Foto