Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan Mendaki bolehkan pelajar memerlukan kejar impian

Jan 19, 2023 | 05:30 AM



DERMASISWA Khas Melayu (SMB) dan Kos Start Up Dana Amanah Pendidikan-Institut Pendidikan Teknikal (ETF-ITE) yang ditawarkan oleh Yayasan Mendaki telah banyak membantu para pelajar Melayu yang kurang berkemampuan dari segi kewangan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti tempatan.



Encik Muhammad Baqir Amir telah meraih manfaat dari SMB manakala Cik Nuramirah Noorazman menerima dana ETF-ITE.



Bantuan itu telah membantu mereka melanjutkan pengajian dan mengecapi aspirasi masing-masing.



Encik Baqir, 23 tahun, menceburi jurusan kejuruteraan aeroangkasa di Politeknik Temasek (TP) dan kini menuntut di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dengan bantuan kewangan Yayasan Mendaki. Beliau turut menerima Skim Bantuan Dana Amanah Pendidikan Mendaki - SM Jaleel Foundation Ltd.



"Saya lega dapat dana SMB daripada Mendaki kerana saya telah menggunakan sebahagian besar daripada dana itu untuk pengajian saya," ujar Encik Muhammad Baqir.



Bagi Cik Nuramirah pula, ETF-ITE yang ditawarkan oleh Yayasan Mendaki pada 2021 telah membolehkannya menceburi jurusan Nitec dalam Perkhidmatan Perniagaan.



"Saya percaya jika saya mempunyai sijil pendidikan, saya boleh mendapat pekerjaan lebih baik.



"Maka, saya lega mendapat bantuan daripada Mendaki semasa di ITE kerana ia membolehkan saya fokus sepenuhnya terhadap pelajaran saya," kata Cik Nuramirah.



Di samping menerima bantuan Kos Start Up ETF-ITE, Cik Nuramirah juga berpeluang menjadi pelajar pembimbing dalam program bimbingan Mendaki, Empowerment Programme@ITE yang kini dikenali sebagai #amPowered@ITE, pada 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >