SOKONGAN pemerintah bagi madrasah sepenuh masa Singapura dalam mata pelajaran sekular akan membantu pelajar mencapai taraf lebih tinggi dan setanding pelajar sekolah lain dalam subjek itu.
Langkah pemerintah menyalurkan lebih banyak sumber bagi meningkatkan pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran sekular itu, yang diumum Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan Ahad lalu, akan turut mendorong madrasah meningkatkan prestasi dalam matematik dan sains.