Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan 'pulih semula' dari pandemik bagi firma pelancongan, gaya hidup

18 lagi program penukaran kerjaya dilancar sejak Januari tahun lalu termasuk program pemasaran digital yang akan diperkenalkan bulan depan.
Aug 26, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT dalam sektor khidmat pelancongan dan gaya hidup yang terjejas teruk oleh pandemik Covid-19 kini mendapat bantuan untuk pulih semula, dengan 18 lagi program penukaran kerjaya (CCP) dilancarkan sejak Januari tahun lalu termasuk sebuah program dipertingkat bagi karyawan pelancongan pemasaran digital yang akan diperkenalkan bulan depan.



Program tersebut akan membantu melengkapi pekerja dengan kemahiran digital dan teknikal untuk merebut peluang baru, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) semalam.



Lebih 3,100 pekerja dari lebih 200 syarikat telah menyertai program tersebut antara Januari tahun lalu dengan pertengahan bulan ini - jauh lebih tinggi berbanding hampir 110 pekerja dari sekitar 40 syarikat pada 2019.



Secara keseluruhannya, kini terdapat 23 program sedemikian bagi sektor khidmat pelancongan dan gaya hidup.



Program tersebut akan memberi manfaat kepada lagi 1,400 pekerja dari sekarang hingga Disember tahun depan.



Antara 18 program itu ialah CCP dipertingkat bagi Karyawan Pelancongan Pemasaran Digital yang akan dilancarkan bulan depan.



Demi memenuhi permintaan meningkat bagi kemahiran pemasaran digital, CCP itu merangkumi modul baru seperti mengoptimumkan teknik penukaran penjualan dan mengekalkan hubungan pelanggan selepas penjualan melalui saluran digital.



MOM dan WSG berkata sedang sektor khidmat pelancongan dan gaya hidup menjalani transformasi, kedua-dua pekerja baru dan sedia ada memerlukan kemahiran untuk mengendalikan e-dagang, analitik data dan penjualan dan pemasaran digital.



Syarikat yang ingin mereka semula model perniagaan dan peranan kerja mereka boleh memanfaatkan Program Transformasi Industri Perkhidmatan yang memberikan bimbingan mengenai proses, produk atau perkhidmatan.



Sejak program itu dilancarkan pada September 2019, sekitar 60 syarikat telah mereka semula proses dan peranan kerja mereka untuk menjadi lebih produktif dan berkesan dari segi tenaga kerja, kata MOM dan WSG.



Contohnya, tanggungjawab seorang pelayan yang biasanya mengambil pesanan secara manual kini termasuk membimbing pelanggan menggunakan kios pesanan sendiri dan menawarkan saranan produk yang disesuaikan untuk pelanggan.



Perniagaan juga boleh menggunakan langkah-langkah lain yang dilaksanakan agensi pemerintah bagi transformasi perniagaan.



Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Enterprise Singapore (ESG) menawarkan geran, pendanaan dan pinjaman penyambung.



Penolong ketua eksekutif kumpulan dasar dan perancangan di STB, Cik Jeannie Lim, berkata latihan dan peningkatan kemahiran serta transformasi perniagaan adalah penting.



"Selepas Covid-19, kami melihat bahawa pelancongan akan berkembang dan mengambil bentuk yang sedikit berbeza. Oleh itu, dalam waktu ini, kami mahu memastikan kami bekerja rapat dengan syarikat pelancongan untuk perlahan-lahan berubah demi memastikan mereka bersedia untuk masa depan," kata beliau.




SEKTOR PELANCONGAN BERSEDIA UNTUK MASA DEPAN



"Selepas Covid-19, kami melihat bahawa pelancongan akan berkembang dan mengambil bentuk yang sedikit berbeza. Oleh itu, dalam waktu ini, kami mahu memastikan kami bekerja rapat dengan syarikat pelancongan untuk perlahan-lahan berubah demi memastikan mereka bersedia untuk masa depan.''
- Cik Jeannie Lim, Penolong Ketua Eksekutif Kumpulan Dasar dan Perancangan di STB




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >