Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan rakyat Palestin di Gaza: RLAF, agensi PBB gerakkan usaha kumpul dana mulai 22 Mei

May 20, 2021 | 09:17 PM







YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF), dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA), kini menganjurkan satu pengumpulan derma bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.



Menurut RLAF, mereka akan mengadakan usaha ini dengan tujuan memberi sokongan bantuan dalam bentuk bantuan kesihatan, makanan dan khidmat masyarakat bagi masyarakat yang terjejas dengan perkembangan terkini di Gaza.



“Gaza kini menyaksikan kecederaan tragik, kehilangan nyawa dan kerosakan teruk prasarana. 



“Ia memburukkan lagi tekanan psikososial di paras yang tinggi, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Sehingga kini, 1.9 juta rakyat Palestin di Gaza – yang mana lebih 70 pe

ratus didaftarkan sebagai pelarian Palestin – memerlukan bantuan kecemasan kemanusiaan segera.



“Sehingga kini, lebih 56,000 warga Palestin hilang tempat tinggal di Gaza,” kata RLAF dalam kenyataannya.



Tambahnya, penularan virus Covid-19 telah memburukkan lagi keadaan yang kini rentan dan usaha terus dilakukan bagi mengurangkan kesan ke atas penduduk Gaza.

“Sedang jumlah yang cedera dan kehilangan tempat tinggal terus meningkat, pelarian Palestin kini mendapat perlindungan di sekolah-sekolah UNRWA, masjid dan beberapa tempat lain semasa pandemik global Covid-19 berlaku dengan bekalan air, makanan dan sanitasi yang terbatas serta khidmat kesihatan seperti yang ada di Sekolah Salah Eddin, salah sebuah daripada 56 sekolah kendalian UNRWA di Gaza,” kata RLAF.



RLAF melahirkan rasa sedih atas korban akibat krisis kemanusiaan ini dan ke atas keluarga mereka.



Atas sebab itu, RLAF menjalankan usaha mengumpul derma secara dalam talian menerusi pelbagai wadah mulai Sabtu (22 Mei) hingga 30 Mei ini dalam usaha menyediakan bantuan untuk rakyat Palestin.



Orang ramai boleh menderma menerusi kaedah berikut:


PayNow – UEN: 200910530ZCHQ dan catatkan ‘Gaza’ di bahagian catatan


Giving.SG – www.tinyurl.com/aidforgaza (pautan mula beroperasi pada tengah malam, 22 Mei, waktu Singapura).


Muslim.SG – RLAF - Bantuan Kemanusiaan untuk Gaza


Pemindahan wang antara bank menerusi RLAF (Rahmatan Lil Alamin Foundation) – Pindahkan kepada Akaun Semasa OCBC di nombor akaun: 601313315001



Kemukakan cek yang dialamatkan kepada ‘RLAF’. Letak nama penderma, nombor telefon dan nyatakan ‘Gaza’. Poskan cek itu ke alamat berikut – RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740) atau ke MUIS (No. 273 Braddell Road, Singapore 579702)



Semua sumbangan akan disalurkan menerusi UNRWA yang beroperasi secara aktif bagi menyediakan bantuan kemanusiaan untuk mangsa dan keluarga mereka.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >