Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TRUE HEARTS.SG

Bantuan Ramadan dan Wakaf Pendidikan untuk anak-anak daif serta yatim

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



MEMANDANGKAN situasi Covid-19 masih lagi menghantui masyarakat, True Hearts.sg memacu usaha pengumpulan dana bagi memberikan perkhidmatan kepada golongan yang terjejas dan kurang bernasib baik.



Menurut Presiden True Hearts.sg, Dr Mohamad Yusof Sa'ad:



"Alhamdulillah, umat Islam sudah memasuki pertengahan bulan Ramadan dan kami amat berterima kasih kepada para penderma budiman yang telah menyahut seruan kebajikan True Hearts.sg.



"Bagaimanapun, kami masih berada jauh lagi untuk mencapai sasaran dana yang ingin dikumpulkan pada bulan suci ini iaitu sebanyak $150,000.



"Oleh itu, kami memohon agar masyarakat Islam Singapura terus menyokong usaha murni ini bagi membantu 250 buah keluarga daif yang terjejas akibat pandemik Covid-19, terutamanya anak-anak mereka."



Dr Mohamad Yusof berkata apabila ketibaan Ramadan, mereka juga mahu berbuka puasa seperti keluarga yang sempurna.



Mereka pasti ingin menikmati juadah lengkap yang dihidangkan di atas meja makan, merasai aneka bentuk kuih-muih dan mencuba pelbagai air yang berwarna-warni.



"Tanpa bantuan anda, impian ini hanya akan terkubur menjadi khayalan sahaja kerana mereka tidak mampu untuk membeli makanan yang lengkap.



"Sebaliknya, mereka hanya berbuka dengan makanan yang ringan seperti roti disapu mentega bersama air suam sahaja.



"Peristiwa menyedihkan tersebut telah saya saksikan sendiri melalui pengalaman menziarahi beberapa buah rumah keluarga miskin pada sebelum ini.



"Apa yang lebih memilukan, saya melihat wajah anak-anak mereka pasrah sahaja dengan apa yang mereka ada untuk berbuka," Dr Mohamad Yusof.



Selain itu, True Hearts.sg, turut menyediakan projek biasiswa atau Wakaf Pendidikan untuk membantu golongan anak-anak daif dan yatim.



Sebagai satu misi penting, True Hearts.sg mahu anak-anak ini menjadi generasi pelapis dan disiapkan dengan ilmu untuk kegunaan masa akan hadapan.



Jelas Dr.Mohamad Yusof:



"Kami turut memberi laluan kepada para penderma budiman untuk menyalurkan bantuan dengan berwaqaf kepada anak-anak yang terjejas dalam musim pandemik ini.



"Kebanyakan anak-anak ini mengalami kekurangan keperluan pendidikan, maka kami akan berusaha untuk menyediakan keperluan tersebut demi mendorong mereka untuk terus melanjutkan pendidikan.



"Kami akan menyokong anak-anak daif dan yatim ini sehinggalah mereka berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Bantuan ini juga bertujuan untuk memberikan semangat kepada mereka agar tidak mudah berputus asa atau berhenti separuh jalan dalam mencapai kejayaan pendidikan.




INGIN BERWAKAF?



Sekiranya para penderma ingin berwakaf, True Hearts.sg. menyediakan khidmat pengambilan zakat/wakaf/fidyah dan sedekah jariah dari rumah.



Para penderma boleh memilih beberapa pakej Wakaf Pendidikan iaitu Waqaf $100, Wakaf $300, Waqaf $500 atau Wakaf $1,000.



Cenderahati akan disediakan kepada pemberi wakaf seperti sejadah bersandar untuk Wakaf $100, lampu Al-Quran serta waktu azan untuk



Wakaf $300, bingkai gambar Khat Kufi untuk Wakaf $500 dan tablet pintar Islamik 10' untuk Wakaf $1,000.



Derma juga boleh dilakukan dengan cara berikut:



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >