Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan relawan penting bantu polis cegah jenayah

Sekitar 20 hingga 30 peratus tangkapan oleh pihak polis berhasil ekoran pertolongan orang ramai
Dec 31, 2021 | 05:30 AM



APABILA terdengar seorang lelaki mendakwa dia mempunyai senjata, dua penumpang MRT dengan segera mengambil tindakan melaporkannya kepada polis.



Mujur, salah seorang daripada dua penumpang MRT itu merupakan anggota Riders-On-Watch (ROW) dan tahu apa yang perlu dilakukan sejurus sahaja berhadapan dengan ancaman sedemikian.



Menyingkap kejadian yang berlaku di stesen MRT Tiong Bahru pada 23 Julai lalu, wanita yang berusia 28 tahun (dan enggan memberikan namanya) itu telah berkongsi maklumat lengkap mengenai suspek kepada polis bagi membantu siasatan.



Berbekalkan maklumat yang diberi oleh anggota ROW itu, selain penggunaan kamera polis (PolCam) serta kamera litar tertutup (CCTV), pihak polis dari Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom) dan Divisyen Polis Central berjaya memberkas suspek dalam masa sekitar 12 jam.



Atas usaha membantu polis mencegah jenayah, kedua-dua penumpang itu telah diberikan Anugerah Penyelamat Masyarakat pada Ogos lalu.



Ketua Operasi TransCom, Superintenden Alan Wong Lek Koon percaya bantuan masyarakat amat penting bagi membantu mencegah jenayah.



"Terdapat banyak kejadian di mana penumpang keluar dari zon selesa mereka untuk melaporkan (tentang kes) jenayah.



"Kewaspadaan, kepintaran dan keinginan mereka untuk tampil dan memaklumkan kepada pihak polis telah membawa kepada penahanan suspek dan menghalang lebih ramai orang daripada menjadi mangsa jenayah," katanya.



Beliau turut menambah bahawa usaha dan kerjasama relawan di bawah inisiatif ROW itu akan membuat perjalanan pengangkutan awam lebih selamat.



"Kejadian melibatkan individu bersenjata di negara lain membuktikan bahawa ancaman keselamatan dalam rangkaian pengangkutan awam di darat adalah benar.



"Dengan rangkaian pengangkutan awam yang dijangka berkembang, relawan ROW boleh bekerjasama dengan polis bagi memastikan rangkaian pengangkutan awam terjamin dan selamat," ujar beliau.



Kira-kira 20 hingga 30 peratus daripada penangkapan oleh pihak polis melibatkan beberapa jenis jenayah berhasil ekoran bantuan orang ramai.



Ini termasuk kes kesalahan berat seperti mencabul kehormatan, menyamun dan pecah masuk rumah.



Inisiatif ROW telah dilancarkan pada 2 Julai 2019 dan ia sebahagian daripada program penglibatan masyarakat Transcom.



Kini, inisiatif ROW menjadi sebahagian daripada Skim Pengawasan Masyarakat (CWS).



CWS telah dilancarkan pada 10 Disember lalu dan ia merupakan skim lanjutan hasil kejayaan pelbagai kumpulan pengawasan seperti ROW, Zon Pengawasan Kejiranan (NWZ) dan Vehicles on Watch (VOW) bagi menyatukan penyertaan masyarakat dalam mencegah dan mengesan jenayah.



Mereka yang berminat menyumbang bagi memastikan keselamatan masyarakat boleh mendaftar untuk menjadi anggota CWS melalui laman web Go.gov.sg/spf-cws.




KELUAR DARI ZON SELESA



"Terdapat banyak kejadian di mana penumpang keluar dari zon selesa mereka untuk melaporkan (tentang kes) jenayah.



Kewaspadaan, kepintaran dan keinginan mereka untuk tampil dan memaklumkan kepada pihak polis telah membawa kepada penahanan suspek dan menghalang lebih ramai orang daripada menjadi mangsa jenayah."



KESELAMATAN RANGKAIAN PENGANGKUTAN AWAM



"Kejadian melibatkan individu bersenjata di negara lain membuktikan bahawa ancaman keselamatan dalam rangkaian pengangkutan awam di darat adalah benar.



Dengan rangkaian pengangkutan awam yang dijangka berkembang, relawan ROW boleh bekerjasama dengan polis bagi memastikan rangkaian pengangkutan awam terjamin dan selamat."
- Ketua Operasi TransCom, Superintenden Alan Wong Lek Koon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >